
Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana baru sahaja kehilangan haiwan peliharaannya.
Ikan yang diberi nama Sushi dimaklumkan telah m4ti pada awal November lalu dan perkara itu telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Lara:-
View this post on Instagram
Menurut Scha, Lara tidak boleh berhenti menangis sebaik dimaklumkan tentang kem4tian ikan yang dibela sejak Mac 2020.
Lebih menyedihkan apabila Sushi kelihatan terapung di permukaan air dan Lara menyangka ia mampu hidup semula sekiranya ikan tersebut diberi makanan.
“Daddy, I’m not ready for this” ujar Lara berulang kali
Menurut kapsyen yang ditulis, kini Lara tahu, rata-rata individu di muka bumi ini tidak akan mampu bersedia berhadapan dengan situasi tersebut.
“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang.” tulisnya
Walaupun ia mungkin perkara kecil bagi anda, ataupun bahan jenaka buat sesetengah pihak, namun ia tidak bagi kami di Hot FM.
Semoga Lara Alana terus kuat, tabah dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa..
Sumber daripada: Instagram Lara Alana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Hot Fm
Leave a Reply