Foto Anak Emma Maembong

Suami kepada pelakon Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar mengesahkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu.

Berita gembira tersebut di kongsi Shazli menerusi laman sosial Instagram (IG) nya sebentar tadi dan dihujani ucapan tahniah daripada pengikut termasuk rakan selebriti pada ruangan komen.

Menerusi hantaran tersebut, Shazli turut berkongsi foto anak sulung mereka, sekaligus menamatkan tanda tanya mengenai desas-desus Emma yang dilaporkan sudah bersalin.

“Alhamdulillah…8.11.20 Allah is the greatest,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazli (@shazli.a)


Semalam, Harian Metro melaporkan Emma Maembong sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka.

Bagaimanapun tidak ada sebarang pengesahan mengenai perkhabaran tersebut, malah Emma dan suami serta adik beradik Maembong juga tidak berkongsi apa-apa mengenainya di media sosial.

Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*