Abby Abadi Tertekan Orang Des4k..

Pelakon Abby Abadi akui tertekan apabila dides4k oleh individu yang meminta bantuan kewangan daripadanya.

Menurut Abby dia terpaksa menghadkan sumbangan kepada 30 orang sahaja sehari dan ia bergantung kepada dana yang terkumpul.

“Kepada yang minta bantuan, sehari limit 30 orang saja kita boleh berikan. Kalau ada yang membantu boleh beri ke 50 orang.

“Kita pun ada kerja lain, janganlah mendes4k,” katanya.

Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama Abby berharap agar individu yang meminta bantuan bersabar dan tidak menghubunginya beberapa kali kerana dia sendiri mempunyai urusan kerja lain yang perlu diselesaikan.

“Tak perlu video call dan DM (mesej peribadi Instagram) tak henti-henti. Pening tau, naik dar4h tinggi saya.

“Yeke tiada bantuan langsung dan mengharap saya saja? Ramai je yang menghulur bantuankan? Jimat-jimat ya, tak terkejar saya nak bantu semua,” katanya lagi.

Terdahulu, Abby sedang mengumpul dana Wallet Kasih PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membantu keluarga terutamanya yang terjejas  ketika pandemik Cov1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*