Paksa budak 13 tahun sebagai isteri nombor 5

MALANG nasib seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 48 tahun.

Perkahwinan itu berlangsung di Maguindanao, Filipina pada 22 Oktober lalu.

Malah, foto sekitar majlis berkenaan turut tersebar di media sosial.

Antara yang turut menjadi bualan ramai termasuklah foto pekebun itu mencivm pipi remaja berkenaan.

Dikenali sebagai Abdulrzak Ampatuan, lelaki itu sudah mempunyai empat isteri sebelum dia menikahi remaja itu.

Katanya lagi, dia bercadang mendapatkan cahaya mata sejurus remaja itu menginjak ke usia 20 tahun.

“Saya gembira dapat bertemu dengannya dan menghabiskan masa dengannya untuk menjaga anak saya,” ujar lelaki itu.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Filipina merupakan negara ke-12 paling tinggi mencatatkan perkahwinan kanak-kanak dengan 726,000 perkahwinan setakat ini. – Mirror.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*