Mahu Sam4n Hans Isaac

PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof kesal dengan tuduhan yang dilemparkan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Hans Isaac, berhubung isu penyalahgunaan kuasa membabitkan sebuah syarikat produksi iaitu Excellent Pictures Sdn Bhd.

Eizlan, 49, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Finas berkata, tuduhan tidak berasas itu mencemarkan nama, imej dan reputasinya sedangkan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat terbabit sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang saham.

“Selaku ahli Finas yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti, saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Hans yang telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya. Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak Finas,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Finas pada Rabu.

Dakwaan p4lsu Datuk Hans Isaac ini secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga mencalarkan nama baik dan reputasi saya

DATUK SERI EIZLAN YUSOF

AHLI LEMBAGA PENGARAH FINAS

Sementara itu, Eizlan berkata tuduhan itu dibuat oleh Hans menerusi kumpulan WhatsApp milik Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada Isnin lalu.

“Tuduhan yang dibuat pada 16 November 2020 oleh Datuk Hans Isaac melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan tersebut.

“Dakwaan p4lsu Hans Isaac ini secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga mencalarkan nama baik dan reputasi saya, mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya,” ujarnya.

Eizlan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham (tengah) komited membangunkan perbadanan berkenaan.

Susulan dakwaan itu, Eizlan telah melantik peguam dari firma Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk memulakan proses perundangan.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara.

“Untuk makluman, saya telah melantik peguam dan tindakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*