“Ini Semua Kerja Mulut-Mulut ‘Hangsuang’, Nak Melagakan Aku Dengan Nabil” – Azwan Ali

Artis versatil, Azwan Ali kesal apabila ada pihak yang sengaja melaga-lagakan dirinya dan Nabil Ahmad apabila memperbesarkan isu ‘selfie stick’ disebut pengacara tersebut ketika siaran langsung Gegar Vaganza (GV)7 pada Ahad lalu.

Azwan yang diundang menjadi tetamu MeleTop berkata, dia sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang diucapkan Nabil pada malam tersebut tambahan lagi pengacara GV7 itu tidak menyebut namanya.

“Ini semua kerja mulut-mulut hangsuang ni. Aku dengan Nabil tak ada apa-apa pun. Setakat Nabil nak cakap macam tu…kenapa you all perlu nak besar-besarkan isu?

“Knowing Nabil kan…Adoi…lepas tu saya dapat bertalu-talu mesej orang mengadu fasal Nabil. Untuk apa?,” Saya sudah tahu cerita sebenar.

“Jihan sudah jelaskan semuanya kepada saya. Perlu ke kau orang semua tahu? Kau siapa?” Nabil tak sebut pun nama aku, aku nak saman pun tak boleh,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)


Nabil yang juga pengacara program MeleTop turut memberitahu Azwan bahawa ramai di luar sana yang mahu melihat mereka ‘berperang’.

Dengan tenang Azwan menjawab, memang benar dia dan Nabil pernah ada isu beberapa tahun dahulu tetapi mereka sudah lama berdamai.

“Isu Nabil tak tegur saya ketika kami terserempak tu dah lama dah. Kami dah lama berdamai and we have no issue now…so?,” katanya.

Tambah Nabil lagi lebih mengecewakan apabila individu yang cuba melaga-lagakan mereka ialah individu sama yang pernah menc4ci dan mengh1na Azwan suatu ketika dulu.

Namun secara tiba-tiba individu tersebut menjadi ‘talam dua muka’ apabila bertindak memuji Azwan pada malam Ahad lalu dan mengec4m Nabil.

“Pod4h! Podah! Pod4h!  Setakat kau kec4m c4ci aku, aku dah alami lama dah. Nabil ni adik aku lah! So?,” katanya sambil berpesan kepada netizen supaya tidak menjadi batu api.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)


Sebelum Azwan meninggalkan set MeleTop, Nabil dan Cik Manggis sempat mengucapkan selamat kembali kepada pengacara sensasi itu.

“Apapun selamat kembali ke industri dari kami abang Azwan dan tahniah, you are the best,” kata Nabil dan Cik Manggis.

Pada Ahad lalu nama Nabil menjadi bualan hangat di laman Twitter apabila dikatakan memerli Azwan Ali apabila mengeluarkan  ayat berkaitan ‘selfie stick’ ketika siaran langsung GV 7.

Netizen menganggap tindakan Nabil sebagai biadap kerana kononnya tidak menghormati Azwan yang lebih berpengalaman dalam bidang pengacaraan.

Azwan bagaimanapun tidak melayan cubaan netizen yang cuba melaga-lagakan dirinya dan Nabil, malah tidak membalas walau satu pun kicauan yang menyebut tentang perkara tersebut.

Selain Azwan, antara selebriti yang turut dijemput sebagai tetamu pada malam tadi ialah Sufian Suhaimi, Jasmine Suraya, Khir Rahman, Imuda, Michael Ang, Uqasha Senrose, Wani Syaz dan Waris.

Program MeleTOP bersiaran pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*