Aku sedih suami dapat isinar tapi satu sen pun dia tak bagi dekat aku. Jeles aku tengok suami orang lain hargai sangat2 kat isteri dia.

Assalamualaikum. Just nak meluahkan perasaan je. Baru2 ni husband ada dapat duit isinar tapi satu sen pun dia tak bagi dekat aku. Dia cuma beli barang dapur dan belanja makan je. Kitaorg dah 3 tahun duduk rumah sewa mesin basuh pun takde lagi.

Hari tu aku ada cakap nanti kalau dapat duit kwsp tu belilah mesin basuh. Tu je aku minta tapi lain jawapan yang aku dapat. Aku tahu dia betulkan kereta dengan duit tu, bayar hutang sikit2 dan settle kan bill2 air dan mantainance rumah tapi takkan takde lebih.

Last2 semalam aku saje cek duit dia dalam acc dari fon aku tinggal rm400 je. Aku sedih sangat. Boros sangat dia guna duit. Kenapa dia tak utamakan aku dalam apa2 hal. Pergi mancing jauh2 boleh, bayar mahal2 tapi tentang aku dia lupa. Aku memang saje taknak minta duit tu aku nak tengok dia ingat aku tak dan aku faham tu duit dia kerja penat lelah dia pagi, petang sampai tak cukup2 tido.

Aku suri rumah je kadang2 nak jugak beli barang2 keperluan aku dari hasil titik peluh suami. Tapi apakan daya dia still tak faham aku. Semalam dia marah aku dia tanya kenapa tiba2 nak sentap xde angin xde ribut. Dia paksa aku cakap kenapa apa salah dia tapi min aku xtak boleh nak cakap nak luah kat dia rasa macam berat sangat mulut aku ni nak luah. Aku just cakap kat dia tanya diri sendiri and kalau luah pun nanti buat lagi aku cakap macam tu .

Banyak benda aku korban kan untuk dia tapi dia tak faham dia tak hargai hati dan perasaan aku. Jeles aku tengok suami orang lain hargai sangat2 kat isteri dia. Aku, mampu tengok jelah dan Doa2 suami aku macam tu jugak. Betul la kan lelaki diuji bila dia senang.

Pandangan para pembaca :

Nursyafira Nasir – bukan payah, dia xmau beli mesin basuh xpayah basuh bju dia.. hahahahhaa satgi ramai mai kecam aku…  hmm mesin basuh kepentingan bersama tau dak.. haish toklaki pun…

Ina Ahmad – Puan, sy pun suri rumah. Tp bab duit ke apa2 ke try bincang elok2 dengan suami. Bila dia dah tanya tu, bermaksud dia pun nak tahu apa masalah antara puan dan dia. Jadi elok sgt time tu ckap apa yg puan rasa tak puashati. Rsnya suami puan ni, tak de kedekut sgt.

Cma mungkin dia tak faham keadaan puan. Kalau dia betul2 kedekut, sesen pun dia tak kan belanjakan untuk kat rumah, sebaliknya dia suruh puan cari sendiri. 1 lg alternatif terbaik, puan carilah part time dropship. Sambil2 je. Pg2 puan buat marketing. Tghari selesai semua kerja, puan boleh check kalau2 ada order masuk.

Insyallah puan, Allah nak duga kita ni mcm2 cara, cuma mcammna kita nak hadap, nak minta tlg Allah. Itu saja. . Semoga puan diberi ketabahan, kegembiraan dan ketenangan dalam hubungan suami isteri.
P/s : jgn ukur kegembiraan, kesenangan org dgn kita. Sebab Allah dah atur jalan cerita masing2

Aimiera Azha – Xtaw nak kata. Tpi duit pnya hal mcm2 boleh jadi. Sebab tu aku sakit pun aku kerja. Manatahu harini laki aku elok. Esok2 xtaw lagi. Jadi baik aku beringat jala.

Ti Ha – Die xbeli mesin basuh, kau xyah la cuci baju, biar semua baju bertaik lalat, kalau die tnya knp xcuci baju, kau ckp la kau bukan mesin basuh nak kena cuci kain baju, segala kerja rumah ni tugas suami tau tmsok la mencuci kain baju.

Kita ni tugas jaga anak, didik anak, layan suami, Kita tolong die buat smua kerja rmh, dri memasak, mencuci tu smua belas ikhsan kita pada suami. kalau aku, mmg xde la nak tahan smpai 3 thun xde mesin basuh,

Kalau die cop duit sgt, kau hari2 anta je baju dkt dobi. Settle.

Norehan Haji Hassan – Dia dah tanya kenapa ko tak terus terang apa yg ko tulis dlm ni? Ko JANGAN harap laki ko boleh baca rasa hati ko sebab dia tak boleh x-ray kehendak ko. Ko kene terus terang apa ko nak dia bg ke TAK itu cerita lain.

Lelaki mcm laki ko kene sergah baru paham sebab dia dah niasa ko TAK bersuara. Lagi mudah ko carilah pendapatan sendiri. Sikit pun tak pe janji itu duit ko dan ko boleh beli apa ko nak
KERJA….bukan kene keluar dari rumah baru namanya kerja TAPI boleh je mula dari rumah.

CONTOH jadi babysitter mcm aku gaji dekat 3k dok rumah mandi budak suap mkn jer simple kan Or ambik kerja iron baju orang sebab orang2 sekarang malas iron baju. Sis….hidup JANGAN bergantung 100% pada tok laki. Dia pun penat juga berusaha apa salah kita bantu sikit kurangkan stress masing²

Shahida Syah – Masalah kt sini komunikasi. Bila laki dh tanya, tak mau jawab pulak. Pastu makan hati sorang2. Kena la tanya & bincang. Suami tu mungkin settle kan hutang2 / mana yg penting. Selama 3 tahun ni, basuh baju cam mana ? Dobi self service ke ? Ke basuh tangan ? Kalau memang ke dobi, mungkin suami lebih suka mcm tu. lagipun bukannya basuh baju hari2. Tt pun tak mention ada anak ke tak. Kalau just berdua je, dobi paling senang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://rentasasia.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*