Mac4u Sc4m: Kata Nama Dah Bersih, Sekali Shuib Mahu SPRM Lakukan Ini

PETALING JAYA – Pelawak Shuib mengakui perniagaan produk minumannya, BubbleBee agak terjejas akibat isu Mac4u Sc4m sejak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) membantu si1asatan

Menurut Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 36, berikutan kes berkenaan ada pihak datang ke cawangan kedai mem4ki dan mendes4k perniagaan ditutup.

“Ada yang datang ke outlet (cawangan kedai) m4ki, suruh tutup sebab Mac4u Sc4m. Jualan pun menurun.

“Bagaimanapun, penjualan kemudian semakin meningkat semula sebab ada yang tunggu produk BubbleBee ini, terutama sekali ketika cawangan baharu dibuka.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk meminta SPRM keluarkan surat yang menyatakan saya tidak ada kaitan. Kalau semua sudah bersih, saya akan buat satu sidang akhbar,” katanya.

Menurut Shuib, hasil perbincangan dengan peguam mewakilinya mengendalikan kes tersebut, dia diberitahu tidak lagi terkait dengan kes berkenaan.

Katanya, peguamnya juga ada menyarankan supaya dia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang telah melemparkan f1tnah mel4mpau terhadap dirinya berhubung isu berkenaan.

Shuib bagaimanapun memberitahu dia enggan mengambil sebarang tindakan dan telah memaafkan mana-mana pihak atau induividu yang telah berbuat demikian.

Sementara itu, diminta bercakap tentang penutupan sementara outlet BubbleBee di Jalan Beserah, Kuantan baru-baru ini, Shuib mengakui ins1den tersebut berpunca daripada kesilapan pihaknya sendiri.

“Sebenarnya ketika itu memang lesen belum diluluskan dan masih dalam proses. Kami ingat semuanya dah selesai sebab ada ‘runner’ (orang tengah) yang uruskan berkenaan lesen.

“Bagaimanapun, hari ini (semalam) lesen dan lulus dan outlet berkenaan sudah kembali beroperasi pada pukul 2.00 petang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shuib kini mahu berehat seketika daripada bidang seni kerana mahu fokus terhadap perniagaan. Selain tidak lagi menyambung kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM, Shuib juga mahu menghentikan komitmennya sebagai anggota Sepahtu yang turut dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Berita Jalan Kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*