Tak Sengaja Post Video Review ‘Belanja’, Zarina Anjoulie Mohon Maaf

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan sebarang kesilapan sama ada dalam sedar atau tidak.

Selepas tidak aktif dalam dunia seni, Zarina Anjoulie kini sudah berg3lar personaliti sosial media yang mana beliau banyak kongsikan tentang isu semasa dan juga sering melakukan paid review untuk membantu peniaga kecil yang ingin mempromosikan produk mereka di laman Instagram miliknya.

Kali ini, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju itu secara tidak sengaja telah memuat naik satu video keterlaluan ketika membuat review tentang produk kecantikan dalaman wanita.

Difahamkan video tersebut kelihatan agak luc4h dan tidak sesuai untuk ditonton oleh pengikutnya di laman Instagram.

“Anju baru tengok video yang baru post tadi. Minta maaf sebab video tu sangat over”

Berasa tanggungjawab atas isu berkenaan, Zarina telah membuat permohonan maaf kepada semua pengikutnya yang telah menonton video tersebut.

Ada antara mereka yang sempat menonton video itu sehingga habis dan akui terkejut dengan posting berkenaan.

Menurut Zarina, beliau tidak menjaga bahagian posting namun tetap mengakui kesilapannya itu.

Sikap bertanggungjawab Zarina telah mendapat pujian ramai dan mereka turut berharap agar selepas ini Zarina lebih berhati-hati dalam memuat naik posting review.

Sunver foto: Instagram Zarina Anjoulie

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: HOT FM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*