‘Foto Mengoda’, Sophia Albarakbah Rimas Dikaitkan Dengan Imej S3ksi

Lakonan meyakinkan sebagai Rissa menerusi drama Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria dan watak Bella dalam Hadiah Dari Tuhan di TV3 buat peminat tertanya-tanya siapa gerangan pelakon wanita ini?

Apabila menyebut namanya Sophia Albarakbah tentunya ada yang mengerut dahi kerana kedengaran agak asing.

Sophia, 27, mengakui bersyukur kedua-dua drama ini berjaya memperkenalkan namanya kepada penonton serta mengumpul peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)


“Saya melakonkan watak antagonis dalam drama Tercipta Satu Ikatan dan ia membawa impak kepada penonton.

“Walaupun berlakon dengan nama besar seperti Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan ramai lagi, saya berjaya tunjukkan lakonan yang seimbang.

“Manakala dalam Hadiah Dari Tuhan pula, saya berlakon dengan Amy Mastura, Syafi Tee, Riena Diana dan Puteri Rafasya.

“Menariknya, ia mengisahkan realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Cov1d-19,” katanya yang mula mengumpul pengikut di Instagram.

Foto: IG

Pelakon berdar4h kacukan Melayu, Arab dan Cina ini berkata, desakan seorang teman yang memintanya hadir uji bakat filem berjudul 18, membawanya masuk ke bidang lakonan.

“Sudah rezeki saya apabila diambil berlakon. Namun filem terbabit belum ditayangkan sehingga kini. Ia sebuah kisah remaja yang ada sedikit ‘adventure’.

“Ikutkan, saya awalnya malu-malu untuk cuba nasib sebagai pelakon. Tapi apabila diterima, saya cuba buat yang terbaik supaya tak mengecewakan mana-mana pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)


“Daripada situ timbul rasa suka pula untuk berlakon sehingga saya memberanikan diri untuk uji bakat filem Mimaland dan lulus juga,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang dijangka tidak selalunya indah kerana reaksi penonton terhadap lakonannya agak pedih apabila ada yang melabelkannya sebagai ‘pelakon kayu’.

“Tak dinafikan pelbagai pandangan pro dan kontra saya terima daripada penonton. Ada yang kec4m dan ada yang puji.

“Mulanya saya rasa ‘down’ juga apabila kena macam itu. Tapi, saya kena positif juga dengan apa sahaja pandangan yang dilemparkan untuk perbaiki kelemahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)


“Saya juga beruntung kerana ada keluarga, rakan industri dan kenalan yang sentiasa meniup semangat untuk saya lebih berjaya,” katanya yang turut membintangi filem Pasal Kau yang disiarkan menerusi Netflix pada tahun lalu.

Mungkin ada juga yang perasan Sophia pernah tampil dalam muzik video lagu Siti Bilang Cuti nyanyian penyampai radio dan penyanyi, Daniel Zaini.

“Ketika belajar dalam bidang bioteknologi dengan dietetik di International Medical University, saya banyak terbabit dengan iklan komersial.

“Lepas habis belajar, baru ada rakan yang ajak berlakon. Awalnya saya enggan kerana tiada latar belakang dalam lakonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)


“Tambah pula, jurusan yang diambil tiada kena-mengena dengan seni. Memang tak sangka, saya akhirnya jadi pelakon,” katanya.

Kesan populariti yang dikecapi sangat mengujakan Sophia apabila mula dihujani banyak tawaran berlakon.

“Setakat ini saya ada tawaran berlakon watak utama untuk drama terbaharu. Tapi, dalam keadaan sekarang saya belum boleh bercerita lanjut.

“Ini watak heroin yang pertama dalam karier saya. Walaupun ada yang kata usia saya dikira terlambat untuk berlakon, bagi saya bukan persoalan besar.

“Umur bukan penghalang asalkan berbakat. Selagi muka saya sesuai dengan watak diberikan, bukan masalah besar,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)


Dalam pada itu, Sophia mengakui rimas dikaitkan dengan imej s3ksi dan berani.

“Saya kurang gemar dikaitkan begitu. Saya tidak terlalu seksi seperti yang dikatakan. Tak perlu cakap perkara itu kerana akan menenggelamkan lakonan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)


“Saya nak peminat bercakap mengenai bakat dan lakonan berbanding perkara lain. Harap semua faham.

“Apapun saya bersyukur juga kerana ramai rakan dalam industri yang banyak beri nasihat supaya sentiasa kuat apabila berada dalam bidang ini,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*