Dakwa Diri Sebagai Kardashian Kelantan Untuk Bergurau, Neelofa Terima Kec4man Netizen

Penduduk di dunia ini terbahagi kepada dua golongan, mereka yang mempercayai kepentingan vaks1n dan golongan anti-vaks1n. Anda dalam golongan yang mana satu?

Berita pengumuman kerajaan membeli vaksin Cov1d-19 daripada negara luar banyak membuka mata kita betapa ramainya golongan anti-vaks1n di Malaysia. Lebih par4h, ada teori yang mengatkan vaks1n Cov1d-19 ini adalah agenda konspirasi yang mahu mengurangkan populasi manusia di muka bumi.

Ekoran itu, muncul satu trend di Twitter di mana seseorang itu akan menggunakan ayat “Vaks1n tak nak percaya” dan disambung dengan contoh lain yang lucu.

Buat anda yang kurang jelas, berikut adalah beberapa ciapan lucu daripada netizen.

Trend ini mula tular dan ramai yang turut serta dengan contoh lucu mereka. Turut tidak terlepas, pengacara terkenal Neelofa turut memuat naik satu ciapan di laman Twitter berkenaan trend ini.

Meskipun ciapan itu dimuat naik sebagai satu gurauan buat peminatnya, Neelofa dikecam netizen kerana dianggap sebagai syok sendiri dan mahukan perhatian secara murahan.

Rata-rata netizen beranggapan gelaran Kardashian Kelantan itu adalah sebagai satu sindiran buat keluarga Neelofa, dan bukannya sebagai satu pujian. Malah, netizen juga mempersoalkan tindakan admin akaun Twitter Neelofa yang tidak peka dalam isu ini.

Mungkin Neelofa hanya bergurau dalam ciapan yang dimuat naik, namun lain pula yang terjadi. Apa komen anda tentang isu ini?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*