Hamil 7 Minggu, Isteri Nubhan Alami Kegvguran – “Tak Ada Rezeki Anak Ke-3”

Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi berita sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila isteri mengalami keguguran baru-baru ini.
Menurut Nubhan, 35, isterinya itu mengalami pendarahan selepas tujuh minggu kehamilan.
“Tak ada rezeki anak ketiga. Gugur buat kali yang kedua.
Usia kandungan tujuh minggu, jadi kena berpantang ringan-ringan,” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram TV miliknya.
Dalam video tersebut, Nubhan turut berkongsi rakaman momen gembiran ketika mendapat perkhabaran isterinya hamil menerusi kit ujian kehamilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Video berdurasi lebih dua minit itu turut memperlihatkan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek melakukan pemeriksaan kandungan selepas mengalami pendar4han.
“Tak ada rezeki, baby dah keluar,” kata Nubhan ketika memelvk isterinya selepas disahkan kandungan gvgur.
Gempak cuba menghubungi Nubhan menerusi WhatsApp, namun, sehingga artikel ini ditulis, bintang Akademi Fantasia itu masih belum memberikan respons.
Sebelum ini, isterinya pernah mengalami kegvguran pada 2016.

Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada Ogos 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mara, Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*