“Pak Cik Mengucap Banyak-Banyak Ya..” Dokt0r K0ngsi Pengalaman Raw4t Pes4kit C0vid-19 Yg Ses4k Naf4s

Semenjak pandemik Cov1d-19 melanda negara pada tahun lalu, frontliners atau barisan hadapan daripada pelbagai skop berdepan tugas mencabar.

Tiada istilah rehat atau cuti, mereka terpaksa meninggalkan insan tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan selain berdepan risiko j4ngkitan yang tinggi.

Antaranya, kakitangan petugas kesihatan dan perub4tan yang bertungkus-lumus dalam menjalankan persampelan pes4kit dan merawat mereka yag berada di w4d.

Perkongsian oleh Doktor Ahmad Zakimi Abdullah ini mungkin boleh membuka mata masyarakat di luar sana mengenai pengalaman sebenar petugas kesihatan dalam menyelamatkan ny4wa pes4kit Cov1d-19.

Setiap saat mereka boleh dij4ngkiti, tetapi tugas berat dan tanggungjawab ini dilakukan sepenuh hati demi khidmat kepada negara biarpun kadangnya sudah tak terdaya.

”Saya bantu pakcik ye”

Pakcik hanya mengangguk kepala. Tak mampu bercakap.

”Pakcik boleh dengar saya?”

Pakcik mengangguk lagi. Itu hanya termampu.

”Baik pakcik. Nanti saya bagi ubat b1us supaya pakcik tidur ya”

Pakcik kelipkan mata tanda setuju. Tercungap-cungap.

”Pakcik mengucap banyak-banyak ya. Pakcik ikut saya, La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… ” arahku sambil memegang ‘bag valve mask’ yang sekitar mulut dan hidung pakcik.

Kelihatan mulut pakcik terkebil-kebil berusaha untuk mengucap. Allahu.”Sekali lagi pakcik ya. Ikut saya… La ilaha illallah Muhammad Rasulullah…”Aku akan ajarkan mengucap dua kalimah syahadah sebelum melakukan prosedur ini. Setiap kali.Mata pakcik secara perlahan-lahan tertutup tanda pakcik sudah dib1us sempurna.

Kemudian ‘endotracheal tube’ dimasukan kedalam trakea pakcik bertujuan untuk bantuan pernafasan. Prosedur ini perlu dilakukan dengan cermat supaya tiada aerosolisasi terhasil. Jika ia berlaku, maka habislah aku dan staff-staff yang membantu aku dij4ngkiti. Benda tak boleh nampak.

Aku lakukan procedur intubasi keatas pakcik yang dij4ngkiti COV1D-19 kerana pakcik sudah tak mampu bernafas sendiri. Perlukan bantuan ventilator.

Itulah tugas berat dan tanggungjawab yang aku pikul. Itu juga pengalaman mer4wat pes4kit COV1D-19 kategori 4 atau 5.

Setelah semua selesai, aku terus membuka PPE penuh dengan tatacara ‘doffing’ (membuang PPE penuh). Jika langkah atau tatacara tak sempurna maka aku akan dij4ngkiti. Benda tak nampak. Seperti biasa, selepas selesai ‘doffing’ terus mandi. Setiap kali melakukan prosedur ini pasti membuatkan aku insaf bertapa mudahnya kita bernafas udara di berikan percuma oleh Allah kepada kita. ”Bila nak berakhir pandemik COV1D-19 ni. Aku dah tak larat.” Hanya bermonolog depan cermin.

Klinikal s1ndrom COV1D-19 ada 5 kategori;

Kategori 1 – tidak ada gejala

Kategori 2 – gejala ringan

Kategori 3 – bergejala & j4ngkitan p4ru-p4ru

Kategori 4 – bergejala, j4ngkitan p4ru-p4ru dan perlu oksigen

Kategori 5 – ten4t, komplikasi org4n-org4n lain.

Biasanya hanya pes4kit COV1D-19 kategori 1 dan 2 saja akan dirawat atau dikuarantin di pusat kuarantin (mengikut polisi tempat masing-masing). Ada juga antara mereka di kuarantin di rumah dengan nasihat memantau kesihatan kendiri (juga mengikut polisi setempat). Mereka akan dinilai kembali pada hari ke 10.

Alhamdulillah, mereka dilindungi Allah. Mereka terselamat kerana dalam kategori 1 atau 2. Jika pes4kit COV1D-19 Kategori 3, 4 dan 5, mereka akan dirujuk ke hospital, khususnya ke Jabatan Kecemasan untuk diraw4t. Kemudian mereka akan dimasukan ke w4d hospital COV1D/hospital hybrid COV1D yang diwartakan.

Cuba kalian bayangkan jumlah kematian 642 orang, 260 kes di 1CU dan 103 kes memerlukan bantuan pernafas setakat ini. Jumlah itu bukan sedikit walaupun kadar kem4tian hanya 0.4% dari semua jumlah yang dij4ngkiti.

Cuba kalian himpun 642 orang berada di depan mata kalian. Bayangkan ada saudara mara kita sendiri dalam 642 itu. Bagaimana perasaan kalian?

Nyawa seseorang tak ternilai tinggi nilainya. Aku sebagai doktor, perasan kesal dan pilu setiap kali kehilangan seorang pes4kit ditangan sendiri.

”Dan sesiapa yang menghidupkan (menjaga keselamatan hidup) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya,” – Surah Al-Maidah, ayat 32.

Adakah jumlah itu sedikit di mata geng antivaks1n atau pendokong konspirasi? Have you ever seen this category COV1D patient once?

Kepada sesiapa yang tak pernah menguruskan kes-kes atau pes4kit COV1D-19, mereka hanya banyak komplain. Itu tak kena, ini tak kena. PKP salah, vaksin salah. Semua yang kami lakukan semua tak betul dari pandangan mereka. Maka apa yang betul? Tiada pula cadangan yang dikira bernas dari mereka.

Tak percaya COV1D-19, kau percaya pula teori konspirasi… Tak percaya Vaks1n, kau percaya pula produk teh entah dari mana boleh mer4wat segala…

Percayalah jika kalian sendiri menguruskan pandemik COV1D-19 secara langsung maka kalian tahu tinggi rendahnya langit. Kalian akan tahu besarnya kuasa Allah.

Mohon sementara ni kita duduk rumah. kita tunggu vaks1n tiba. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi Allah. Kami hampir maksima.

Dr Ahmad Zakimi Abdullah akak Dr Zek

Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah/SiakapKeli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*