Suami Pemilik Restoren S1mbah Air Panas Campur Kat Penguatkuasa Sebab Tak Puas Kena Sam4n Pasal SOP

MUAR: Suami kepada seorang pemilik kedai makan didakwa meny1mbah air panas bercampur minyak pada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Jalan Omar, Parit Jawa, di sini, malam kelmarin.

Lelaki itu didakwa bertindak sedemikian kerana berang ketika anggota penguat kuasa melakukan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) peraturan operasi perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, anggota penguat kuasa mendapati pemilik kedai makan terbabit melanggar peraturan ditetapkan bagi mengawal penularan COV1D-19.

“Ketika anggota penguat kuasa berada di bahagian dapur untuk meminta butiran suami kepada pemilik premis itu, lelaki berusia 40-an terbabit didakwa berang lalu menyimbah air panas bercampur minyak dari kuali pada anggota terbabit, namun berjaya dielak.

“Pemilik premis itu kemudian dikenakan kompaun RM1,000 berikutan gagal mematuhi SOP mengikut Seksyen 72(1)(F) Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit kerana membenarkan pelanggan makan di premis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tindakan individu tersebut tidak terhenti di situ apabila individu terbabit mengekori kenderaan peronda Penguatkuasa sehingga ke stesen minyak menaiki motorsikal tanpa memakai helmet dan kemudian menghamburkan kata-kata kesat “korang ni semua bin4tang!” kepada anggota penguatkuasa yang bertugas.

“Susulan itu, anggota penguat kuasa MPM membuat laporan polis terhadap individu berkenaan kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam dan berlaku cubaan mendatangkan keced3raan kepada anggota penguat kuasa,” katanya.

Beliau sekali gus menasihati orang awam atau peniaga supaya tidak bertindak agresif ke atas penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

“Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian j4ngkitan COV1D-19 dengan mematuhi SOP,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Semua kedai makan dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 10 malam.

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga jam 10 malam bermula Jumaat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mendengar keluhan dan rungutan pembeli dan peniaga selepas dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja ketika ini.

“Seperti saya katakan kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat. Kita sedar apabila rungutan banyak berlaku maka kita segera adakan mesyuarat sejak minggu lepas lagi tentang perkara ini,” katanya pada sidang media khas perkembangan PKP di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, prosedur operasi standard (SOP) masih kekal – tidak dibenarkan makan di premis makanan, hanya pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu dibenarkan.

“Makan di kedai masih tak dibenarkan, ia masih kekal untuk dibawa pulang dan pesanan untuk penghantaran makanan juga kita buka sampai 10 malam,” katanya.

Mengenai pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaporkan positif Cov1d-19, Ismail Sabri berkata, kerajaan setakat ini kekal dengan keputusan hanya pelajar bergejala perlu melakukan ujian saringan sebelum mereka pulang ke asrama atau menduduki peperiksaan.

“Kita tidak mahu membebankan ibu bapa dari segi kos untuk menanggung ujian tersebut dan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) juga jelas hanya tumpu kepada pelajar yang bergejala, yang sihat tidak perlu ujian saringan.

“Bagaimanapun, oleh kerana ada kes seperti ini, saya akan rujuk perkara ini kepada KKM untuk keputusannya,” kata beliau.

Media melaporkan sekumpulan pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM di Sabah dan Pahang didapati positif Cov1d-19 dan mereka telah dikuarantin.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan mewajibkan mana-mana pekerja termasuk di kedai runcit untuk memakai sarung tangan dalam penguatkuasaan SOP bagi mencegah penularan Cov1d-19 seperti yang tular di media sosial semalam.

Katanya selepas penyebaran video tersebut, beliau terus bertanya kepada pihak tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu.

“Apabila saya berbincang dengan pihak tertinggi PDRM, memang tiada arahan dikeluarkan mana-mana balai supaya tindakan diambil kepada mereka yang tidak memakai sarung tangan,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali melaksanakan operasi penguatkuasaan SOP mencegah C0v1d-19 di daerah berkenaan dengan turut dipaparkan seorang pekerja wanita sebuah premis dikenakan sam4n ketika operasi itu. – Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*