“Andai Tak Boleh Terima, Tak Perlu Menent4ng Saya” Safiey Illias

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias meluahkan isi hatinya mengenai nasib yang sering menimpa dirinya apabila tidak putus-putus menerima kec4man daripada masyarakat sekeliling.

Biarpun begitu, menurut Safiey, dia menerima dengan hati terbuka akan segala bentuk hin4an dan teguran yang diberikan kepadanya selama ini.

“Saya sayang semua. Saya sayang yang ambil berat dekat saya. Dah lima tahun saya bertarung dengan d3presi dan bipolar, semua hinaan, saya telan. Saya tak malu mengaku saya siapa.

“Maafkan saya jika kehadiran saya membuatmu tidak senang. Saya tak mintak apa-apa, sekadar secebis kasih sayang,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94)


Jelasnya lagi, dia juga tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menerima dirinya.

Sungguhpun begitu, katanya, sekalipun ada hal yang dilakukannya tidak disenangi umum, dia berharap agar dirinya tidak berterusan ditentang.

“Tak perlu terima saya, tapi andai tak boleh terima saya, tak perlu menentang saya.

“Buatlah hal masing-masing, duduk diam. Kenapa kamu perlu tentang saya? Saya bukan mvsuh anda. Saya tak kacau orang,” katanya.

Jelasnya lagi, apa yang sering dilihat umum mengenai dirinya adalah sesuatu yang tidak menggambarkan dirinya yang sebenar.

“Saya buat apa saya suka dan saya tak kaitkan sesiapa. Saya okey dimaki kerana terlalu jujur tentang semua benda daripada menjadi fake dan nampak mulia di mata semua,” jelasnya.

Sebelum ini, Safiey sering menerima kec4man umum dengan perbuatannya yang cuba mengubah bentuk fizikalnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*