“God4m Akaun Rashid Sibir, Lepas Tu Menyamar Untuk Hack Kita Pula” – Kazar

Akaun Instagram milik pengarah terkenal Rashid Sibir digodam pihak tidak bertanggungjawab dan digunakan pihak terbabit untuk mendakwa mereka daripada pihak Instagram.

Perkara tersebut didedahkan penyanyi dan pelakon Kazar dalam satu muat naik di IG miliknya.

Dalam entri berkenaan, Kazar turut berkongsi satu DM daripada penggod4m berkenaan yang mendakwa Kazar telah melanggar polisi hak cipta dengan tujuan menggod4m akaun orang lain pula.

Kredit foto: IG Kazar

IG pengarah drama Pondok Buruk dan Bidadari Kiriman Tuhan itu mempunyai lebih 60,000 pengikut yang kebanyakannya merupakan pelakon tempatan.

Nama akaun IG terbabit juga ditukar kepada igsupportchat untuk mengelirukan orang ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*