[Video] Ibu Cari Sisa Makanan Dalam Tong Sampah, Syukur Dapat Perhatian Menteri

Baru-baru ini, viral sebuah video di TikTok mengenai seorang ibu sedang memunggah sampah yang boleh dikitar semula demi kelangsungan hidup keluarganya. Lebih menyedihkan, wanita tersebut turut membawa tiga orang anaknya menaiki motosikal sewaktu memunggah sampah.

Susulan daripada video tersebut, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, telah turun padang menziarahi keluarga ibu tunggal tersebut yang dikenali sebagai Norizza.

Menerusi laporan Harian Metro, Ahli Parlimen Tumpat tersebut turut menghulurkan bantuan kewangan dan memberi nasihat serta kata-kata semangat kepada empat anak Norizza di rumahnya di Kampung Baru Nelayan.

Saya tiada daya untuk menghalang dia (Norizza) mencari barangan kitar semula untuk dijadikan pendapatan tambahannya. Namun, saya nasihatkannya supaya tidak mencari sisa makanan di dalam tong sampah seperti spekulasi tular di media sosial. Sebaliknya, datang ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tumpat untuk mengambil barangan makanan keperluan asas yang kami biasa sediakan.

Tambah Abdullah, beliau menasihatkan semua keluarga asnaf di sekitar Tumpat untuk hadir ke pusatnya jika memerlukan sebarang bantuan terutama makanan.

Menurut Penghulu Mukim Jubakar Pantai, Ab Rashid Ngah, dia sudah lama mengenali wanita tersebut dan sememangnya Norizza berasal daripada keluarga susah.

Norizza mendapat bantuan daripada pelbagai pihak antaranya penduduk kampung, pengurusan masjid dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO). Norizza menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan sejak lebih dua tahun lalu.

Jelasnya lagi, Norizza mengambil upah menyiang ikan selain mengutip barangan kitar semula seperti tin, besi dan plastik sebagai pendapatan tambahan.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*