Firasat Seorang Isteri Memang Kuat, Tajul Kant0i Dengan Isteri Sendiri

PENYANYI Tajul mengakui naluri serta firasat seorang wanita bergelar isteri itu kuat terutamanya jika membabitkan hal berkaitan rumah tangga.

Kata Tajul atau nama sebenar Tajul Arif Noor Md. Shari, dia pernah ditangk4p oleh isteri selepas didapati bermain permainan video atas talian itu bersama wanita lain.

Gara-gara itu, dia terpaksa memadam aplikasi berkenaan dan perlu memujuk isterinya bagi mendapatkan keizinan bermain permainan video itu semula.

“Memang tak dinafikan naluri seorang isteri memang kuat terhadap suami… aku main PUBG dengan perempuan pun kantoi!

“Kena uninstall setahun lebih tau dulu… lama memujuk nak main balik, tapi Alhamdulillah semua tu untuk kebaikan kita suami isteri,” katanya.

Tajul kongsi pengalaman di IG Mstar.

Tajul berkongsi mengenai pengalaman manis melalui alam perkahwinan itu menerusi komen yang ditulis di Instagram @mstaronlineofficial pada Selasa.

Ia merujuk kepada laporan artikel mengenai madu kepada penyanyi Adira iaitu Datin Seri Sharifah Norshala Hassim atau Datin Red yang berkata naluri dan firasatnya sebagai seorang isteri sentiasa tepat.

Tapi Alhamdulillah semua tu untuk kebaikan kita suami isteri!

Dalam artikel tersebut, Datin Red turut mendedahkan dia didatangi mimpi aneh semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya pada tahun 2015.

Menerusi laporan mStar pada 7 April tahun lalu, Tajul berkata dia terpaksa memadam aplikasi permainan popular itu bagi memberi tumpuan dan fokus membesarkan anak sulung Adriana Carisa.

Tajul bahagia melayari alam perkahwinan bersama isteri.

“Semasa anak berusia empat bulan, saya memang layan anak je… memang tak main PUBG sejak anak keluar, terus stop!

“Kalau tak… nanti tak fokus asyik main game je! Tak apalah berkorban sikit,” katanya.

Penyanyi lagu Izinkan Aku ini mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza Eddie pada tiga tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Isterinya itu kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya enam bulan.

Biodata

Nama penuh: Tajul Ariff Noor bin Md Shari

Tarikh lahir: 1 April 1998

Umur: 20 tahun

Asal: Felda Sendayan, Negeri Sembilan

Syarikat rakaman: FMC Music

Media sosial: Instagram @tajulofficial, Tik Tok tajulofficial dan Twitter @tajulofficial

Fakta Menarik

1. Adik kepada penyanyi Achik Spin, Arwis Spin dan dan Khalis Real Spin.

2. Anak bongsu daripada 10 adik-beradik.

3. Pernah bergelar penyanyi nasyid bagi kumpulan Akhdan yang memperjuangkan lagu berkonsepkan kerohanian dan alunan zikir. Turut sama dianggotai Mohd. Haizudin Hazad Nazri, Mohd. Zuhair Zakaria dan Mohd. Azrul Amri, serta berada di bawah label Hijjaz Records.

4. Mula popular sewaktu bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music menerusi single solo pertamanya, Sedalam-Dalam Rindu pada tahun 2016, diikuti Melamar Rindu (2017), Hasrita (2018) dan Kembalilah Rindu (2018).

5. Video muzik Sedalam-Dalam Rindu kini meraih lebih 27 juta tontonan di laman Youtube.

6. Pada Ogos 2018, Tajul menyertai program realiti terbaru Astro, ‘Big Stage’ yang merupakan pertandingan nyanyian di kalangan penyanyi muda. Turut serta ialah Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Andi Bernadee, Afieq Shazwan, Fara Hezel, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Baby Shima dan Wani Kayrie. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila tersingkir di minggu kelima.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*