Isteri Datuk Red Kongsi Mimpi An3h Didatangi Wanita Brtudung Puteh Dan Ada Kena Mengena Dgn Adira

” Benda ni saya tak pernah kongsi pun dengan anda semua…ia kisah benar, bukan direka-reka.”

Itu pengakuan madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim yang mendedahkan dia didatangi mimpi an3h semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya pada tahun 2015.

Meskipun perkahwinan itu dirahsiakan suami, Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red berkata naluri dan firasatnya sebagai seorang isteri sentiasa tepat terutamanya membabitkan hal rumah tangga.

” Hari ni saya nak kongsi semasa suami saya kahwin senyap-senyap dulu. Selepas seminggu baru dia beritahu!

” Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand…

” Saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengaku dia madu saya.

” Ini kisah benar tau, saya tak reka pun… betullah sixth sense seorang isteri,” katanya.

Datin Red berkongsi mengenai reaksi awalnya apabila mengetahuii suami berkahwin lagi menerusi Instastory pada Isnin.

Sementara itu, Datin Red berkata dia menerima takdir hidup bermadu dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

” Cara saya cari bahagia… korang fikir semua benda termasuklah suami hanya pinjaman di dunia ini dan apa benda yang terjadi ada hikmahnya. InsyaAllah mesti okay!” ujarnya.

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.

Datuk Red bahagia bersama dua isteri. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Perkongsian Datin Red mengenai hal rumah tangga di Instagram.

Sementara itu, menerusi artikel pada Jun 2019, Adira mendedahkan dia tidak pernah mengunjungi rumah madunya, Datin Red pada setiap kali hari raya.

Menurut Adira, dia tidak mempunyai masalah Datin Red namun memilih untuk tidak mengambil tahu mengenai kehidupan isteri pertama suaminya itu.

” Saya memang tak pernah pergi rumah dia walaupun pada hari raya. Sebenarnya saya jenis tak kacau kehidupan di sana.

” Hubungan tu Insya-Allah baik dan kami tidak bergduh.

” Kami pun tidak pernah berhubung dan bagi saya, kalau orang tu baik dengan saya akan layan lagi baik,” kata Adira.

Adira dan Datuk Red menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018 dan kini hamil lima bulan anak ketiga.

Datuk Red juga mempunyai lima orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: mstar/https://www.asiakini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*