[VIDEO] Uyaina Arshad Terjatuh Ketika Program ‘Live’ – “Nasib Baik Tak Terk3hel & Tergol3k Sekali Dengan Meja …”

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 29, menyatakan ini adalah kali pertama dia tergelincir selama empat tahun mengacara program secara siaran langsung (live).

Ketika dihubungi Gempak, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata kejadian malang itu berlaku ketika dalam segmen penaja.

Jelasnya, dia dikehendaki untuk berdiri di atas platform namun tidak bernasib selepas bergerak selangkah ke belakang.

“Dekat empat tahun saya mengacara secara live, tak pernah berlaku terpel3cok. Saya tengah berdiri di atas platform, kemudian bergerak selangkah ke belakang lalu terjatuh.

“Untuk segmen penaja memang kami perlu berdiri di atas platform itu sebab ada produk di bahagian hadapan. Nasib baik tak terkehel dan tergolek sekali dengan meja,” katanya.

Tambah pelakon drama Perempuan Tanpa D0sa, dia bersyukur kerana berjaya mengawal situasi dengan tidak mengeluarkan kata yang tidak sepatutnya.

“Saya bersyukur sebab saya tak menc4rut atau melatah yang bukan-bukan. Kalau terkeluar itu, memang aib,” katanya lagi.

Sebelum ini, menerusi Instagram (IG) Uyaina ada berkongsi sepotong video ketika terjatuh selepas usai sesi temu bual.

“Kadang-kadang, shi*t terjadi ketika secara langsung. Kita gelak jelah huhuhu,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut kagum dengan cara Uyaina mengawal situasi dengan baik.

@umminazeera: Hahaha good cover up.

@adrianaadnan: Hahahahahahahah Yana. Maaf saya tergelak alaaa kesiannya! Tapi tetap maintain ya selepas tu.

@hanaalmauzah: Hahaha girl, saya ketawa. Tetapi awak mengatasinya dengan anggun. MasyaAllah!”@ramonazamzam: Yana hahaha aloo kesian dia tapi kira awak okey la senyap ja, daripada yg termel4tah hahaha,” antara komen yang ditulis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*