Ditvduh Terl4mpau ‘Mudah’ Maafkan Suami, Sekali Isteri Shuk Sound Balas Netizen

Di Instagram, isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassiyah Asshaferah atau Sera, telah menerima pelbagai komen negatif dan bervnsur luc4h semasa membuat review berbayar di media sosial tersebut.

Susulan daripada itu, Shuk memohon netizen untuk menghentikan kec4man terhadap isterinya. Tambah Shuk, isterinya hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sahaja.

Dia sekadar menjalankan amanah

Menerusi laporan Astro Gempak, Shuk memberitahu bahawa isterinya sekadar menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh peniaga-peniaga online di luar sana. Tambahnya, apa yang berlaku di antara mereka merupakan masalah peribadi dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan pekerjaan yang dilakukan oleh isterinya itu.

Masalah rumah tangga dan kerja tidak sepatutnya dicampur adukkan. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan. Netizen tidak sepatutnya menyalahkan isteri saya kerana dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk semua paid review tersebut. Saya merayu berhenti bercakap dan men.uduh isteri saya bukan-bukan.

Shuk turut memaklumkan yang dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kontr0versi yang telah berlaku dan status terkini mereka suami isteri.

Tak boleh hidup tanpa hang

Maaf ya, perempuan bukan untuk ditindas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar lampias n4fsu.

Sejak dari kontr0versi yang berlaku, Instagram Sera dihujani dengan pelbagai komen negatif. Terbaru, seorang individu telah meninggalkan komen bervnsur lu.c4h dan meminta Shuk untuk melayan isterinya semula bagi menghilangkan perasaan merajuk. Ternyata, komen tersebut turut mendapat perhatian Sera.

Jelas Sera, kaum wanita bukannya golongan untuk ditind4s dan tempat untuk golongan lelaki melampiaskan n4fsu sahaja. Tambahnya, individu tersebut tidak layak berkahwin seandainya mempunyai m3ntaliti sebegitu.

Sumber: Astro Gempak & Rossa Sera

Buka a-ib pasangan di laman sosial sudah jadi trend, adakah dibolehkan dalam Islam?

KEINGINAN untuk hidup berpasangan merupakan salah satu fitrah yang telah Allah ciptakan ke atas manusia. Perkahwinan dan kehidupan yang bahagia selamanya merupakan harapan kedua pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci.

Setiap pasangan mengimpikan kesejahteraan kehidupan yang harmoni dan jauh daripada perg4duhan apatah lagi berakhir dengan percer4ian.

Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri maka syarak menggalakkan agar suami dan isteri tahammul (bertahan) tetapi apabila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu bertahan dan bersabar.

Mutakhir ini, kita dapat lihat fenomena membuka aib pasangan secara terang-terangan sudah menjadi barah dalam masyarakat kita tanpa ada perasaan bersalah atau m4alu dengan apa yang mereka lakukan. Lagi-lagi hari ini penyebaran ai.b makin meluas dengan menggunakan teknologi serba canggih.

A.ib pasangan tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain.

Terdapat di dalam sebuah hadis yang meminta supaya kita menutup keaiban sendiri ataupun orang lain. Sabda Baginda Rasulullah:

Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau kamu mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka a1b mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. [HR Tirmizi 1955]

Hadis ini menuntut kita supaya menyembunyikan aib sendiri dan menutup ke4iban orang lain kerana boleh jadi suatu hari nanti sang pendosa akan menjadi orang yang baik bahkan lebih baik daripada kita yang menc3la.

Aib pasangan adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya. Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai mvsuh dan tidak disukainya.

Hari ini ada pasangan yang menggunakan internet untuk menceritakan keburukan pasangannya. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang ditegah dan dilarang di dalam Islam melainkan kita menggunakan saluran yang betul seperti mana kata Imam Nawawi dalam menceritakan perihal seseorang khususnya suami isteri dibenarkan seperti berikut:

1. Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.

2. Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.

Jaga keharmonian rumah tangga agar tetap bahagia.

Perbuatan menyebarkan aib pasangan berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada menjaja kisah keruntuhan rumah tangga, merakam video, menyebar gambar mengaibkan pasangan.

Bahkan kebebasan dalam media sosial juga menyaksikan pasangan tanpa segan-silu menandakan nama pasangan atau tag di post-post yang berkaitan yang mana tanpa kita sedar telah membuka a1b pasangan.

Maka kepada pasangan suami isteri yang melakukan perbuatan terkutuk menyebarkan aib pasangan harus memikirkan keadaannya pada hari kiamat kelak kerana pada hari itu Allah akan bertanyakan mengenai perbuatan mereka itu.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 187: Mereka (isteri-isterimu) merupakan pakaian bagimu dan kamu merupakan pakaian bagi mereka.

Ayat itu mengisyaratkan, suami atau isteri adalah pakaian yang sepatutnya dijaga dengan cermat dan menutupi hal peribadi agar tidak diketahui orang lain. Jika seorang suami atau isteri mudah mendedahkan aib pasangannya, tanpa sedar mereka membiarkan diri seolah-olah tanpa berpakaian.

Sepatutnya, suami dan isteri perlu saling menjaga kekurangan diri kerana di sebalik kekurangan itulah yang akan melengkapkan kehidupan antara dua insan yang dihalalkan melalui perkahwinan.

Berpandukan sebuah hadis, daripada Abu Sa’id al-Khudriy, beliau berkata bahawa Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya manusia yang paling jelik kedudukannya pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut. [HR Muslim 1437]

Walaupun yang dimaksudkan ayat itu adalah suami, tidak bererti isteri bebas mendedahkan a1b pasangannya kepada orang lain.

Buat pasangan suami isteri yang sedang dalam menghadapi masalah, berbincanglah dengan penuh kedamaian. Waspadalah dalam memuat naik apa-apa status di media sosial kerana ia bukanlah medium untuk meluahkan perasaan bahkan ia boleh menjadi satu tempat tercetusnya masalah yang lebih besar.

Ia hanya membuka ruang untuk netizen dan orang luar menghakimi rumahtangga kita sedangkan apa yang mereka tahu hanyalah sejengkal daripada keseluruhan cerita.

Berwuduk dan solatlah dua rakaat untuk memohon ketenangan daripada Allah kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Minta petunjuk Allah dan jalan penyelesaian dariNya. Luahkanlah kepada Allah sama ada kecewa atau marah.

Diceritakan bahawa Baginda Rasulullah tertekan oleh sesuatu urusan, maka Baginda akan mengerjakan solat. [HR Abu Daud 1124]

Kepada para suami jadilah qudwah dihadapan isteri dan sentiasa dekatkan diri kepada Allah. Ini kerana isteri dan anak-anak merupakan satu amanah yang sangat besar.

Kepada para isteri jadikanlah diri sebagai seorang isteri yang solehah dalam memelihara maruah suami dan anak-anak. Ini kerana kehebatan seorang suami disebabkan oleh seorang isteri yang sentiasa di samping keluarga.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*