Netizen Terkejut Tengok PPUM Minta Bantuan Cov1d-19 Terutamanya Untuk PPE di Lazada

Ketika tempoh pandemik Cov1d-19 ni, memang ramai yang memerlukan bantuan dan ramai jugalah pihak yang tampil untuk membantu meringankan beban. Namun, semalam netizen terkejut apabila mendapati pihak hospital sendiri yang memohon bantuan daripada netizen melalui aplikasi online.

Menurut Awani, perkongsian seorang netizen mendapat perhatian apabila ia menunjukkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) memohon bantuan Cov1d-19. Melalui Twitter, individu itu memuat naik posting,

PPUM dalam aplikasi Lazada memohon bantuan COV1D-19 untuk kegunaan pakaian pelindung diri (PPE) hospital. Sumbangan itu bermula daripada RM50 hingga RM500 melalui aplikasi Lazada.”

Tidak banyak perincian diberikan, tetapi boleh klik pautan penjual untuk lihat profil dan produk. Jangan tanya adakah ini sah atau tidak.”

Pada awal ianya dimuat naik, ramai berasa musykil dan tertanya-tanya adakah ia benar atau sc4m. Namun, pihak PPUM sendiri secara rasmi telah mengesahkan bahawa itu adalah program pengumpulan dana.

Difahamkan, Lazada Malaysia menyediakan inisiatif itu untuk membantu PPUM dan PPUM berkata usaha itu dilakukan selepas menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang berniat untuk menyumbang bagi dana Cov1d-19.

Dari lubuk hati yang tulus ikhlas, kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, kemurahan hati anda dan mengalu-alukan semua jenis sumbangan.”

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berkata situasi pihak hospital meminta bantuan sebegitu tidak seharusnya berlaku. Kerajaan perlu lebih peka dan sepatutnya tampil dalam hal-hal membabitkan rakyat dan negara sebegini.

Kalau korang nak menyumbang dana bolehlah klik link ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*