‘Bagi Gula2, Mereka Akan Bersyahadah Kembali’ – Lelaki Ini Dedah ‘Taktik’ Masyarakat Bajau Laut

Semalam, pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew, sekali lagi mencvri perhatian ramai apabila dia berjaya membawa komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Semporna Sabah memeluk Islam.

Terbaru, di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Muhammad Al-Izz, berkongsi tentang pola kehidupan masyarakat Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini.

Majoriti beragama Islam

Bila dengar Ustaz Ebit Liew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan “mengislamkan sekampung” group wassap kami rasa gembira. Kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini. Kami sebenarnya tidak terkejut. Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini. Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini.

Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak pkp, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut. Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat.

Menurut Abu, mereka berasa sangat gembira apabila mendengar Ustaz Ebit dan pasukannya telah mengislamkan masyarakat Bajau Laut sewaktu mereka datang ke Sabah. Tambahnya, sebelum ini terdapat pelbagai pihak yang datang ke kampung tersebut untuk menyampaikan dakwah. Bahkan, terdapat juga surau dan guru agama yang akan datang mengajar masyarakat di situ. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerjah dakwah itu tergendala.

Pilih cara hidup sebegitu

Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kpd orang di didarat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna. Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa “dikerumuni bot” mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan. Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan “gula-gula”. Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang.

Kamu bagi mereka “gula²”, mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang. Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini. Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati. Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa juga terlibat sama. Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan-badan NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. Teruskan buat kerja amal.

Di samping itu, Abu turut memberitahu bahawa masyatakat Bajau Laut ini mempunyai taktik untuk meraih simpati orang ramai. Sekiranya mereka mendapat gula-gula dari mana-mana individu, mereka akan melafazkan syahadah kembali. Ujar Abu lagi, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan NGO bagi membantu masyarakat tersebut. Namun, mereka sendiri yang memilih cara hidup sebegitu dan mengemis di jalan raya.

Sumber: Abu Muhammad Al-Izz

Ebit Lew Minta Maaf Pada Penduduk Pulau Semporna Yang Di Islamkan, Bantuan Terpaksa Dihentikan

PENDAKWAH bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih mesra dikenali ustaz Ebit baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila kisahnya yang berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam tular di media sosial.

Tidak terhenti di situ, Ebit juga berikrar yang beliau akan terus membantu penduduk di kawasan tersebut dan kini sedang berikhtiar untuk membina sekolah serta menyediakan ustaz untuk mengajar penduduk di sana.

Namun hari ini berita menyedihkan dikongsi beliau apabila menyatakan misi bantuannya untuk membantu penduduk kepulauan tersebut terpaksa dihentikan.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan diminta untuk berhentikan bantuan di sekitar kepulauan ini kerana ia menyalahi undang-undang.

“Saya juga dimaklumkan yang saya bakal berdepan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu Ustaz Ebit juga turut meluahkan kekesalan beliau kerana terpaksa menangguh pembinaan sekolah dan memohon maaf kepada ustaz dan ustazah yang bakal berkhidmat di sana.

Selepas satu kampung pelvk islam, Ebit berikrar sediakan sekolah dan ustaz untuk mengajar

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” tulisnya lagi dengan penuh kesal.

Ramai yang bersedih dan menangis termasuk anggota yang mengiringi beliau ketika misi bantuan dibuat dan telah dianggap sebagai keluarga.

“Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri.

“Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua,” katanya.

Menurut Ebit, beliau seterusnya akan ke Tawau, Sabah dan menyempurnakan sedikit sumbangan seperti apa yang telah dijanji.

“Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” pohon Ebit kepada Yang Maha Esa.

SYED SADDIQ BAGI CADANGAN ANUGERAHKAN PANGKAT ‘DATUK SERI’ KEPADA EBIT LEW

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Pengasas parti Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan pendakwah terkenal Ebit Lew diberi pangkat ‘Datuk Seri’ kerana jasanya membantu masyarakat.

“Lebih baik anugerahkan pangkat ‘Datuk Seri’ ke Ustaz Ebit Lew dari menteri dan ahli politik, setuju?” catatnya di Twitter.

Wakil rakyat Muar itu berkata sedemikian selepas beberapa pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 semalam.

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Manakala Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menerima pangkat ‘Datuk Seri’.

Namum beberapa pembangkang mengkritik pengurniaan pingat kepada pemimpin PN yang dianggap tidak sesuai ketika negara masih bergelut dalam pandemik Cov1d-19.

RESPOND NETIZEN KEPADA CADANGAN SYED SADDIQ

Selepas Syed Saddiq beri cadangan tentang pemberian anugerah Datuk Seri kepada Ebit Lew ramai yang telah memberi respond.

Rata rata ramai memberitahu Ebit Lew tidak kejar pangkat atau darjat di dunia tetapi segala usaha yang Ebit Lew adalah untuk akhirat.

“Ust EL pelabur bijak. Dilabur kekayaan dunia untuk fakir. Dividennya dinikmati di akhirat kelak. Setakat anugerah pangkat ni apelah sangat nilainya disisi Allah swt”

“Apa la sangat pada pangkat di dunia yang hanya sementara ini…apa pun saya support Ustaz Ebit dan terus berdoa agar Ustaz Ebit sihat dan dapat terus berdakwah dengan caranya. Alhamdulillah”

Semoga segala pertolongan dan usaha Ebit Lew dapat ganjaran yang besar di kemudian hari. Insyallah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*