“Bawa W4tak Dibencii Pen0nton,” Elvina Mohamad Kes4I DigeIar Pelacvr

Pelakon berbakat, Datin Elvina Mohamad atau nama sebenarnya Nurzalina Mohamad mula berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa.

Namun, baru-baru ini dia menjadi buah mulut warganet apabila watak antagonis yang dibawa dalam drama Takdir Yang Tertulis mengvndang kebencian penonton sehingga digelar sebagai seorang pel4cur.

Memetik laporan Kosmo! Online, gelaran tersebut diberikan kerana watak yang dipegang iaitu Ruhila berkahwin dengan Azlan yang merupakan suami kepada kawan baiknya sendiri iaitu lakonan Nad Zainal.

“Rata-rata penonton drama itu sangat beremosi dengan watak Ruhila kerana menjadi duri dalam daging. Ada yang terbawa-bawa emosi marah sehingga meninggalkan komen tidak sepatutunya seperti menggelarkan saya sebagai seorang pel4cur dan itu sangat melampau,” katanya.

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu lagi, dia berharap agar penonton bijak mengawal emosi agar tidak menulis sebarang komen negatif kepada para pelakon.

“Rasanya komen negatif tidak patut berlaku kerana semuanya hanyalah drama. Mereka sepatutnya bijak membezakan lakonan atau realiti,” ujarnya.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut mengangggap komen-komen negatif yang ditinggalkan itu telah membuktikan lakonannya berjaya.

“Memang dapat komen negatif tetapi jika dilihat dari sisi lain, perkara itu menunjukkan lakonan saya berjaya memberi impak kepada emosi penonton,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*