Tolong gadaikan rantai mama, mama nak beli phone, Keluhan Ibunya.

Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya tidak dapat diganti dengan harta wang ringgit.

Namun, apa yang boleh dilakukan oleh si anak adalah dengan memberi kebahagiaan dan menghargai mereka di saat mereka masih ada.

Seperti video yang trending di laman TikTok dikongsikan seorang gadis dikenali Bebo, menghadiahkan telefon baru buat ibunya.

Reaksi ibunya ketika itu, begitu teruja dan sebak apabila menerima hadiah tersebut.

Hadiah buat si ibu

Kisahnya bermula, apabila gadis ini menceritakan ibunya mengadu telefon bimbitnya sudah mula rosak.

Namun, gadis itu pada mulanya sama sekali tidak menghiraukan keluhan ibunya pada waktu itu. Apa yang lebih menyentuh hati, apabila ibunya menyuruh gadis ini menggadai gelang tangan emasnya untuk membeli telefon baru buatnya.

Tolong gadaikan rantai mama, mama nak beli phone.

Tidak sampai hati mendengar keluhan ibunya, gadis ini membeli telefon baru buat ibunya hasil perniagaannya selama ini.

Jika dapat dilihat menerusi video TikToknya, ibunya kelihatan sebak dan teruja mendapat kejutan daripada anaknya. Bahkan, ibu kepada gadis ini menangis tanda gembira atas hadiah telefon bimbit yang diberikan oleh anaknya.

Janganlah nangis, dapat telefon baru kenalah happy.

Tidak berakhir di situ, si ibu berulang kali mengucapkan terima kasih buat anaknya atas pemberian hadiah tersebut.

Ibu sebak

Mendapat lebih 200k tontonan, video tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang sebak melihat video tersebut.

Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya gadis ini dimurahkan rezeki. Fuhh memang sedih kalau tengok video ni!

Nak tengok video, sila ke Tiktok gadis ini ye ..

Sumber : BEBO via OH BULAN

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://rentasasia.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*