Nyanyi Lagu ‘Terpersona’, Tapi Peminat Nampak Ada ‘Tah1 Gigi’ Dekat Dalam Mulut MK!

Kalau sebelum ini lagu #JemimahChallenge dan Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti semakin diminati oleh penggemar muzik di Malaysia, kini ada satu lagi lagu lain yang sedang tular di aplikasi TikTok iaitu Terpersona.

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya sesuatu lagu itu viral, pasti ramai akan mengambil peluang untuk turut menyanyi atau membuat cover lagu berkenaan.

Penyanyi rap yang menjadi kegilaan para gadis iaitu MK K-Clique turut tidak melepaskan peluang untuk menyanyikan lagu tersebut!

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memuat naik video pendek beliau menyanyikan lagu tersebut di laman Instagram miliknya dan seperti sudah dapat dijangka, video tersebut mendapat perhatian ramai peminatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


Namun apa yang menjadi perhatian bukan lah nyanyian MK sendiri, tetapi ada sesuatu yang mengganggu apabila mereka menonton video tersebut.

Ada yang menyangka terdapat tahi gigi yang melekat pada gigi penyanyi lagu Pulang itu sehingga membuatkan mereka hilang fokus.

Tetapi sebenarnya itu bukan la tahi gigi seperti yang disangkakan kerana ia merupakan berlian yang dilekatkan pada permukaan giginya.

Adoi, tajam juga mata peminat ni ya, sampai terfikir ada tahi gigi pula dekat situ!

Sumber foto dan video: Instagram MK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*