[Video] Aksi Kanak2 Ini Buat Ramai Sebak, Besar Hatinya berbanding Kita

Sedekah adalah merupakan sesuatu pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali.

Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Kamu menyingkirkan batu, dvri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”(Hadis Riwayat Bukhari).

Baru-baru ini viral video dua orang kanak-kanak yang mencvri perhatian warganet dengan perbuatan mereka yang sangat menyentuh hati.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by smartgram (@smart.gram)


Rata-rata warga maya memuji sikap dua kanak2 itu yang kelihatan memberikan sedekah jualannya kepada seorang warga emas yang tak berdaya.

Kanak-kanak yang bernama Fahry itu kelihatan membawa bakul biru berisi barangan jualannya, seperti kuih dan sebagainya. Bersamanya juga seorang kanak-kanak yang masih kecil turut berjualan bersamanya.

Aksi yang dirakam ini sepatutnya mengajar kita sesuatu, yakni jangan tunggu kaya kalau kita hendak memberi..tetapi memberi lah untuk menjadi kaya.

Kelihatan warga tua tersebut terharu serta berusaha menolak pemberian mereka, namun kanak-kanak itu berkeras tetap ingin berkongsi rezeki dengannya.

Komen Netizen:

Di saat kita yang lebih bernasib baik lebih berpeluang untuk bersedekah, ternyata kanak-kanak ini yang juga tak punya apa-apa lebih besar hatinya berbanding kita, Subhanallah.

Semoga melalui perkongsian kanak-kanak ini dapatlah memberikan inspirasi kepada kita yang sudah dewasa ini untuk membiasakan diri untuk memberi walaupun kita juga hidup dalam kekurangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.instagram.com/smart.gram/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*