“Tiada m4khluk yg boleh ambil jawatan Tuhan” – [VIDEO] Buat Video Pasal ‘Rezeki Lelaki Dari Redha Wanita’, Syafiqah Aina Teruk Dikr1tik

Baru-baru ini, suaminya, Hafiz Mahamad dikr1tik kerana memuat naik proses pengebumian jen4zah sahabatnya. Kali ini, Syafiqah Aina pula menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Melalui Instagram, Aina telah memuat naik sebuah video dan mendapat perhatian ramai serta merta dek kerana content yang disampaikan.

Video itu menunjukkan Aina memberi kata-kata dan ‘peringatan’ buat kaum Adam tentang kepentingan mereka menjaga isteri. Namun, salah satu point yang dikatakan oleh Aina tidak dipersetujui netizen iaitu,

Hey lelaki, rezeki kamu datang dari redha kami.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)


Rezeki dari redha Tuhan, bukan redha perempuan

Menerusi perkongsian di Facebook, penceramah bebas Aiman Banna telah menegur tindakan Aina dan berkata manusia tidak layak mengambil jawatan Tuhan sebagai Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki.

Rezeki kita datang dari redha Tuhan, bukan dari redha perempuan. Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki itu hanya dan hanyalah Allah. Tiada m4khluk boleh mengambil jawatan Tuhan ini sampai hari kiamat.”

Bukan itu saja, Aiman bagaimanapun berkata memang lelaki perlu melayan perempuan dengan baik seiring dengan apa yang dijelaskan di dalam Quran dan Sunnah. Namun, tidaklah sehingga lelaki perlu ‘bertuhankan’ perempuan.

Wahai lelaki, bertuhankanlah Allah, janganlah ‘bertuhankan’ perempuan. Sayangilah Allah melebihi semua makhluk.”

“Cakap dengan muka riak”

Teguran Aiman terhadap Aina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook yang turut memberi pendapat masing-masing di ruangan komen.

Kebanyakannya setuju dengan Aiman dan tidak setuju dengan Aina yang membuat video dan kenyataan ‘berani’ sebegitu. Ada yang berkata, kenyataan itu boleh buat akidah seseorang terpesong.

Beberapa netizen pula cuba menerangkan Aina cuma mahu menekankan bahawa doa seorang isteri itu penting untuk menambahkan rezeki. Namun, ada yang berpendapat Aiman perlu menghubungi Aina sendiri secara peribadi untuk menegur dan menjelaskan hal ini. Tidak perlulah hingga muat naik posting dan canang di media sosial tentang tegurannya itu.

Macam jalan atas treadmill pulak admin tengok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*