Eboue: Kisah Jvtawan Menjadi Sengkek Dlm Sehari, Beratus Juta Ringgt Dikikis ‘Cinggey’ Dari NERAK4

Lebih sedekad yang lalu, Emmanuel Eboue antara pemain Afrika yang paling dikenali di dunia dan bermain dengan kelab besar, Arsenal

Beliau bermain 7 musim di EPL dan menjana pendapatan berjuta dollar.

Beliau tinggal di rumah agam dan memandu kereta mewah. Wang bukan masalah dalam hidup beliau ketika itu.

Beliau juga menerima gaji £1.5 juta setahun di Galatasaray satu ketika dahulu.

Eboue: Saya dah pokai!

Namun siapa sangka pada 2017, Eboue tampil dengan pengakuan mengejutkan dengan menyatakan bahawa beliau hidup serba serbi kekurangan.

Kadangkala tidur di atas lantai sahaja di rumah kawan. Nak bergerak ke sesuatu tempat pun beliau menaiki bas kerana tiada lagi kereta.

Lebih sedih, beliau kadangkala terpaksa memakai pakaian tidak cukup bersih kerana tidak mampu membeli mesin basuh.

Beliau mend3dahkan pernah hampir memBvnuhdiri namun mujurlah beliau masih ingat tuhan ketika itu.

“Saya berdoa agar tuhan datang membantu saya. Hanya Dia yang mampu mengeluarkan semua ini daripada fikiran saya.”

Eboue antara pemain yang menjadi perhatian kempen Time To Change kerana beliau dalam masalah tekanan m3ntal yang dikhuatiri akan memudaratkan beliau.

Eboue menikm4ti karier yang baik

Siapa akan lupa dengan Eboue. Beliau antara pemain yang bermain untuk Arsenal ketika berhadapan dengan Barcelona di final UCL 2006.

Beliau juga membantu Ivory Coast mara ke final Piala Negara-Negara Afrika 2012.

Dan lebih sedekad kemudian, beliau hanya hidup bertemankan air mata dan tidak tahu apa akan jadi pada hari akan mendatang.

Beliau tidak boleh bermain bola sepak kerana disahkan ada masalah kesihatan. Itu membuatkan beliau hilang sumber pencarian.

Selepas itu beliau telah bercerai dengan bekas isterinya Aurelie.

Lebih perit, Eboue telah tewas dalam perebutan aset, dan kesemuanya telah dimiliki oleh Aurelie.

Beliau juga hidup bersembunyi daripada buruan polis dan ‘baillif’ selepas diarahkan menyerahkan hak rumah beliau di Enfield kepada bekas isterinya.

pem3rgian datuknya membvrukkan lagi keadaan

Eboue juga memberitahu yang beliau sangat merindui anaknya selepas kali terakhir bertemu pada Jun lalu.

Kisah hidup Eboue memang menyayat hati. Datuk kesayangan beliau men1nggal dunia kerana barah.

Datuknya itulah yang membesarkan beliau. Adik beradik beliau ada 12 orang dan salah sorang daripadanya men1nggal dunia dalam kem4langan motosikal.

Terlalu percayakan cinggey

Eboue sebelum ini menyerahkan hak urusan perniagaan kepada isterinya.

Selepas penceraiannya, rumah beliau di London disenaraikan untuk dijual oleh Aurelie.

Ramai yang melabel Aurelie sebagai perempuan dari neraka ataupun cinggey dari neraka.

Kerana apa yang dia lakukan kepada Eboue sangat kej4m.

Pada 2017, beliau mengesahkan masih duduk di rumah di Enfield. Dan difahamkan Aurelie mahukan hak rumah itu kerana mahu menyewakannya kepada orang lain.

Pernah sekali Eboue dihalau oleh polis daripada rumahnya sendiri atas arahan Aurelie. Memang sadis!

Eboue: Saya pencer0boh dalam rumah sendiri

Eboue meletakkan pakaiannya dalam beg untuk bersiap-sedia untuk keluar pada bila-bila masa.

Kerana secara perundangan beliau boleh kena halau pada bila bila masa.

Eboue menegaskan hidupnya tak ubah seperti seorang pencerob0h yang berada di rumahnya sendiri.

“Saya tidak ada duit untuk mengupah peguam ataupun penasihat perundangan.

Setiap hari saya duduk di rumah ini dalam ketakutan. Saya tak tahu pada bila-bila masa polis akan datang.”

“Kadangkala saya menutup lampu pada malam hari sebab saya tak mahu orang tahu saya ada di dalam.

Saya letakkan semua barang di belakang pintu [untuk menghadang pintu].”

“Itu rumah saya. Saya bersusah payah membelinya dan kini saya tinggal di dalamnya dengan ketakutan.”

“Saya tidak akan menjual pakaian saya atau apa yang saya miliki sekarang, kerana cuma ini saja yang saya ada.

Saya akan berjuang untuk hak saya sehingga ke akhirnya. Ini tidak adil bagi saya.”

Kesemua wang simpanan £7 juta ataupun lebih RM38 juta daripada sumber pendapatan beliau bermain diambil isterinya.

Dan kemudian isterinya mahukan rumahnya di Endfield itu.

Jatuh ditimpa tangga

Eboue sebelum ini hampir pasti kembali ke EPL selepas Sunderland setuju mendapatkan beliau.

Tetapi FIFA telah mengenakan hukuman gantung 12 bulan selepas Eboue dikatakan melanggar perjanjian dengan ejen beliau.

Puncanya adalah isterinya. Selepas isterinya tidak mengeluarkan wang untuk membayar gaji ejennya.

FIFA mengarahkan Eboue melangsaikan bayaran ejen itu yang sudah tertunggak lebih setahun.

Dan dia dikenakan denda £25,000 serta penggantungan.

Eboue kes4l kerana beliau tidak pernah terfikir untuk belajar menguruskan kewangan beliau sendiri.

Beliau menyerahkan segala urusan kepada bekas isterinya kerana dia sangat naif tentang wang.

Rakannya yang lain mengupah penasihat kewangan untuk membantu mereka menguruskan wang.

Berapa je la nak bayar penasihat ataupun pengurus kewangan kan? Banding dengan gaji mereka tu.

Rakan senegaranya Didier Drogba pada hari ini siap mampu memiliki kelab bola sepak sendiri kerana wang diuruskan dengan betul dan melantik pengurus kewangan yang bertauliah membantu mereka.

Beliau juga mengakui pernah beberapa kali ditipu oleh orang yang mengambil kesempatan ke atas beliau dan hilang sejumlah besar wang.

Itu semua kerana dia memang bvtatervk dalam 1su kewangan.

Eboue: Saya masukkan kesemua wang kepada isteri

“Jika saya imbas kembali apa berlaku, saya rasa sangat naif. Kenapa saya tak pernah berfikir seperti ini dahulu?”

“Saya bersusah payah mencari wang. Saya bekerja sangat keras untuk menyara anak dan isteri saya.”

“Ketika di Turki saya menjana pendapatan sekitar €8 juta dan €7 juta saya hantar serta masukkan kesemuanya ke dalam akaun isteri saya.

Apa sahaja yang dia suruh saya tandatangan, saya akan tandatangan.”

“Dia adalah isteri saya. Jadi saya dengar nasihat dia sehingga saya dikenakan tindakan oleh FIFA.”

“Hari ini kalau saya keluar, sedaya upaya saya tak nak orang kenal saya.”

Beliau juga menyatakan yang beliau kagum dengan bekas rakan sepasukannya, Thierry Henry.

Malu melihat rakan yang lain

“Ketika saya melihat rakan saya (Henry) di TV [menjadi pundit] saya kagum dan bangga kerana pernah bermain bersama ataupun berlawan dengannya.

Tetapi apabila melihat diri sendiri saya berasa sangat malu dan tak sanggup untuk melihat mereka.”

“Setiap hari saya membasuh pakaian dengan tangan, apa sahajalah. Tangan saya sekarang dah kasar dan seperti tangan seorang pekerja ladang.”

“Syukurlah nenek saya pernah mengajar saya membasuh, memasak, mengemas rumah ketika saya masih muda.”

“Saya juga tak pernah lupa bersyukur kepada tuhan kerana masih terus hidup walaupun saya tak mahu perkara sebegini men1mpa saya.”

“Saya akan menerima apa sahaja bantuan daripada mana mana pihak termasuk bekas kelab saya.

Saya akan gembira untuknya. Mungkin saya boleh membantu pemain-pemain muda.”

“PFA banyak membantu saya tetapi masalah sekarang mereka tak mampu mengtasi FIFA kerana saya ada masalah dengan ejen.”

“Jika PFA memberikan saya kerja walaupun kerja kecil sekalipun, saya akan anggap ia satu tugas yang sangat-sangat besar.”

“Walaupun saya malu untuk berhadapan dengan rakan dan lawan saya dahulu tetapi saya akan atasinya.”

Dapat kerja di Turki

Tidak lama selepas temuramah itu, Fatih Terim telah menawarkan Eboue jawatan di Galatasaray sebagai sebahagian daripada staf kejurulatihan pasukan akar umbi.

Ini kerana Fatih Terim ketika itu sangat simpati dengan nasib Eboue yang menurutnya seorang yang sangat baik hati.

Eboue mempercayai isterinya atas dasar mahu membahagiakan isterinya dengan wang yang banyak.

Namun pada satu sisi lain, dia mempercayai ‘isteri dari neraka’.

Langsung tiada perikemanusiaan dan merampas segalanya daripada Eboue.

Eboue keluar daripada masa sukar kerana wanita

Jika sebelum ini hidupnya hancur kerana wanita, namun kali ini beliau bangkit juga kerana seorang lagi wanita yang baik hati dan pernah tidak dihargai oleh Eboue.

Pada 2019,  Emmanuel Eboue dilaporkan semakin baik dan pulih secara ekonomi.

Beliau kemudian berkahwin semula di Cote D’Ivoire dengan bekas isterinya yang pernah dia ceraikan kerana Aurelie – modelling cantik dari Belgium.

Emmanuel Eboue nampaknya telah move on daripada masa-masa kegelapan dalam kariernya.

Dia telah memutuskan untuk memperbaiki hubungannya dengan bernikah semula dengan bekas isterinya.

Isterinya itu merupakan kekasihnya sebelum dia popular lagi bermain di Eropah.

Dan wanita itu masih setia menunggu Eboue dan memafkannya.

Perkahwinannya kali ini tertutup dan Eboue dilaporkan berjaya membeli rumah semula.

Beliau sangat besederhana dalam hidupnya.

Walaupun gajinya tak setinggi dahulu dan wang simpanannya mungkin tak sebanyak dahulu (tapi masa tu dia letak semua atas nama bini lama).

Namun Eboue lebih gembira pada hari ini selepas melalui masa paling sukar.

Isterinya telah membantu Eboue bangkit sekali lagi. Wanita yang sama membantunya ketika mula meningkat naik satu ketika dahulu.

Isterinya menerimanya walaupun dia tak sekaya dahulu lagi.

Rujukan

FIFA

Independent

Ghana Pulse

Kredit : Axello

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://gstv.vip/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*