“Hasil titik peluh kumpul duit” – Niat Nak Hadiahkan Isteri Gelang Emas Sekali Parcel Dikoyak, Barang Kena ‘R3mbat’

Tak semua orang mampu miliki emas. Ada yang sanggup berusaha mengumpul duit demi menghadiahkan barangan emas kepada insan tersayang. Namun, usaha titik peluh seorang lelaki menabung untuk hadiahkan gelang emas kepada isterinya punah apabila barang itu les4p entah ke mana.

Melalui perkongsian di Facebook, Raf Muhammad menceritakan bagaimana dia mengumpul duit setiap bulan untuk membelikan gelang emas buat isterinya. Namun, apabila bungkusan sampai di tangan, parcel tersebut telah dikoyakkan dan emas yang sepatutnya diberi kepada isteri, hilang.

Kumpul duit bulan bulan nak beli isteri gelang emas. Sampai sampai barang tak ada, dah kena r3mbat. Mungkin tak ada rezeki isteri nak pakai gelang emas hasil dari titik peluh aku.”

Berkongsi dengan Lobak Merah, Raf berkata dia membeli gelang emas tersebut melalui FB Marketplace dan menurutnya itu adalah kes pertama yang berlaku kepada seller tersebut di mana emas dibeli pelanggannya hilang. Kata Raf,

Saya beli dari Facebook. Seller tu memang tak ada masalah, ni kes pertama (yang berlaku) kepada seller. Saya memang tak tvduh seller.”

Memang parcel saya dah kena koyak cuma saya tak perasan. Saya syak kurier sebab parcel tu koyak dekat belakang consigment tu.”

Menurutnya lagi, selepas perkongsiannya menjadi viral, syarikat kurier telah memberikan kerjasama untuk membantu selesaikan masalah ini dan laporan polis juga telah pun dibuat.

Raf yang juga bekerja sebagai posmen bagaimanapun mendoakan individu yang mencuri gelang emas itu diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya tidak lagi mencvri sebegitu.

Kepada budak-buak P****** yang ambil barang aku ni, aku doakan Allah berikan kamu hidayah dan diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya kamu tak mencvri lagi. Aku pun kerja posmen jugak, gaji pon tak besar. Takpelah takda rezeki kami.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*