“Staf nasihatkan saya jangan tengok komen” – Pad4h acah-acah jadi Jue Aziz, wanita baru 2 bulan berniqab mengg1gil buka media sosial

GARA-gara mend4kwa dirinya memiliki wajah hampir sama dengan pelakon Jue Aziz, seorang wanita berniqab tervk dikec4m netizen.

Dalam satu video tular, dia yang melayan guaraun seorang pekerja, kononnya sedang ditemubual sebagai pelakon itu tidak menyangka akan menerima reaksi negatif di media sosial selepas ia tersebar.

Menurut ahli perniagaan dikenali sebagai Nur Nazirah Aleeya itu, dia terkejut apabila video berkenan dikongsi di Twitter sehingga menyebabkan dia mengg1gil ket4kutan.

“Ia merupakan gurauan antara saya sebagai majikan dengan staf saya. Jujur cakap tiada pertalian d4rah langsung dengan Jue Aziz.

“Cumanya saya biasa terima usikan staf yang memanggil saya Jue Aziz, saya layankan saja staf saya, Sarah yang rakam video berkenaan.

Nur baru dua bulan mengenakan niqab.

“Dialog pun spontan saja, sebab dah biasa kena paksa berlakon dengan staf. Sarah maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan tengok komen.

“Senyap-senyap saya si4sat, MasyaAllah mengg1gil satu badan dibuatnya, rasa nak pitam,” ujarnya yang mesra disapa Nur.

Tambah Nur, tiada apa yang perlu dirisaukan netizen memandangkan dia suka bergurau dengan pekerjanya sebagai salah satu cara untuk menghilangkan tekanan.

Apa pun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa saja yang tersinggung dengan gurauan kami.

NUR

“Kita pun kadang-kadang kerja stres, jadi layankan saja.

“Dengan staf, ada masa perlu serius, ada masa layan mereka seperti sahabat,” jelasnya.

Menurut wanita itu lagi, dia sedih apabila pemakaian Islamiknya turut menjadi bahan krit1kan netizen.

Malah, ada individu di Twitter yang memberi komen kononnya dia berniqab sekadar mengikut trend semata-mata.

Antara kec4man yang diterima.

“Paling sedih sekali part tak pakai stokin walhal berniqab. Saya pakai stokin cuma warna skin colour.

“Mungkin juga saya baru sebulan dua berniqab jadi niatnya nak bergurau,” jelasnya lagi.

Menerusi posting di Instagram, Nur turut membuat permohonan maaf kepada pelakon itu atas kekeliruan yang timbul.

“Saya bukanlah pelakon Jue Aziz. Ada juga yang kata macam Datin Seri Zizie Ezette. Cantik sangat tu.

Nur turut memohon maaf kepada Jue Aziz atas kekeliruan yang berlaku.

“Apa pun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa saja yang tersinggung dengan gurauan kami.

“Yang baik datang dari Allah dan yang burvk datang dari diri saya sendiri,” jelasnya lagi.

Jelas Nur lagi, dia juga dihujani banyak mesej dan panggilan daripada kenalan dan keluarga sejurus video itu tular di Twitter.

Sehingga kini, video pendek itu menerima hampir 15,000 tontonan di Twitter.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*