Priyanka Chopra ded4h pernah disuruh buat pembed4han plastik besarkan payudara

PELAKON Priyanka Chopra, 39, mended4hkan dia pernah disuruh untuk melakukan pembed4han plastik membesarkan payudara oleh seorang pengarah ketika di zaman awal kemunculannya dalam bidang seni.

Priyanka mula terjun dalam bidang lakonan selepas dinobatkan sebagai pemenang Miss World pada tahun 2000.

Isteri kepada penyanyi Nick Jonas itu membuat pendedahan tersebut menerusi buku biografinya, Unfinished: A Memoir yang dilancarkan pada Selasa.

“Selepas beberapa minit kami berbual kosong, tiba-tiba dia (pengarah) meminta saya untuk berdiri dan cuba berpusing di hadapannya.

“Lama dia pandang dan meneliti tubuh badan saya sebelum dia kata yang saya perlu melakukan pembed4han plastik pada bahagian payudara, punggung dan rahang (jawline).

“Dia kata jika saya nak jadi pelakon saya perlu ubah dulu semua bahagian tersebut malah turut mencadangkan nama doktor pak4r pembed4han plastik di Los Angeles,” katanya.

Priyanka bagaimanapun bersyukur dia tidak terpengaruh dengan cadangan tersebut dan sehingga kini berbangga dengan keaslian yang ada pada tubuh badannya.

“Nasib baik saya tidak mendengar kata-kata pengarah terbabit yang turut dipersetujui oleh bekas pengurus saya pada ketika itu.

“Pembed4han plastik sudah menjadi satu perkara yang biasa dalam bidang hiburan sampaikan tiada siapa yang berani untuk bersuara mengenai isu ini,” ujarnya. – Metro.co.uk

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*