“Mak ai ramai betul” – Malaysia Negara Ke-3 Ada Paling Ramai ‘Sugar Daddy’ Dalam Asia!

Selalunya kita dengar pasal sugar daddy ni dalam drama atau filem je, tak sangka pula rupa-rupanya ramai juga yang terjebak dengan benda ni!

Memetik laporan dari Malay Mail, dekat Malaysia ni ada seramai 42,500 sugar daddy tau! Ini secara tak langsung meletakkan negara kita sebagai negara ke-3 paling ramai ada sugar daddy.

Manakala Indonesia pula menduduki tangga ke-2 dengan 60,250 sugar daddy dan India mendominasi carta Asian dengan bilangan sugar daddy seramai 338,000! Menurut tinjauan laman web temujanji, SeekingArrangement.

Menjelaskan mengenai tinjauan ini, syarikat tersebut mengatakan, jarak antara orang miskin dan orang kaya makin meningkat sejak dua dekad lalu, ini membuatkan ramai wanita memilih untuk bercinta dengan lelaki yang lebih tua.

Manakala, servis temujanji “sugar daddy-sugar baby” terbesar di Asia, Sugarbook pula melaporkan, sejak pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di Malaysia, ramai pelajar memilih untuk mencari sugar daddy bagi mencari duit mudah untuk menampung perbelanjaan dan yuran belajar.

Malah, Sugarbook juga turut keluarkan senarai menunjukkan seramai 12,705 pelajar dari 10 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang mendaftarkan diri dalam aplikasi mereka.

Menurut senarai yang dikeluarkan, kebanyakan sugar daddy ini berusia dikalangan 30-an manakala sugar baby pula berusia awal 20-an.

Jumlah pendapatan purata yang dimiliki oleh sugar daddy di Malaysia pula adalah sebanyak RM150,000 dan purata elaun yang diterima oleh sugar baby adalah sebanyak RM2,500.

Senarai ini juga menunjukkan Sunway University paling banyak mempunyai pelajar yang menjadi sugar baby iaitu seramai 3,105 manakala UiTM pula menduduki tempat terendah seramai 704 pelajar.

Menurut founder, Darren Chan, platform SugarBook telah membantu meringankan beban kewangan pelajar disamping menghubungkan mereka dengan lelaki lebih tua yang mempunyai wang, lapor FMT.

Bercinta dengan orang yang lebih berjaya dan berpengalaman ada kelebihannya yang tersendiri dan insentif kewangan hanyalah salah satu daripadanya.

Puratanya, sugar baby dapat elaun sebanyak RM2,500 sebulan dan ini dapat membantu ramai pelajar universiti lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.”

Tambah Sugarbook lagi, kebanyakan sugar baby terdiri daripada pelajar dan fresh graduates. Selebihnya adalah peniaga, jururawat, cikgu, peguam, pelayan restoran, pembantu peribadi, make-up artists, model bebas dan ahli farmasi.

Untuk pengetahuan korang, walaupun banyak universiti awam dan swasta perlu ditutup sepanjang pandemik ini dan pelajaran diteruskan dalam talian, kadar yuran tetap kekal sama dan hanya sedikit sahaja pengurangan dibuat untuk beberapa universiti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://lobakmerah.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*