Kasar sejak kecil, pengk1d bawa lori kontena kejutkan ramai orang selepas tiba-tiba pergi kerja pakai tudung

KISAH hijrah seorang wanita berperwatakan lelaki yang dikongsi menerusi TikTok ternyata mengvndang perhatian ramai.

Menurut Nur Aina Anez Zainal Abidin, 26, dia berkongsi video itu secara suka-suka dan tidak menyangka akan meraih sokongan netizen.

Mesra disapa Aina, dia sewaktu dihubungi mStar sempat memperincikan semula kisah mengenai dirinya yang berperwatakan kasar seperti lelaki sejak kecil lagi.

“Saya dari kecil dah berperangai kasar. Saya anak bongsu daripada tiga beradik perempuan. Mungkin dulu mak nak anak bongsu lelaki, tapi dapat perempuan.

“Saya juga aktif bersukan. Bola jaring, bola tampar, acara olahraga… sukan lari-lari, lompat-lompat semua saya masuk.

“Masa sekolah saya pakai tudung, tapi kalau lepak malam kepala ‘b0gel’ tiada tudung. Habis sekolah, saya mula bekerja. Masa tu memang berpakaian lelaki,” ujarnya.

Aina berkongsi video mengenai hijrah dirinya menerusi TikTok.

Menurut Aina yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia mula mendapat kesedaran untuk berubah ketika mula bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) sekitar tahun 2018.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bertudung pada awal 2019 sebelum dibawa menunaikan umrah oleh ibunya pada November tahun sama atas penghijrahannya itu.

“Saya berubah dalam tiga tahun lepas masa kerja di PTP. Dulu saya kerja sebagai prime mover operator, bawa lori kontena. Perlahan-lahan berubah tapi masa tu saya masih pengkid (perempuan berperwatakan lelaki).

Rasa macam kebetulan. Tapi saya fikir, sampai bila nak jadi macam ni?

AINA

“Lepas tu, dalam setahun kerja, entah kenapa tiba-tiba saya nak pakai tudung. Orang lain pun tertanya-tanya.

“Selepas saya berubah, mak bawa saya pergi Makkah pada 2019 untuk mengerjakan umrah. Saya pergi bersama mak, nenek dan pakcik.

Aina bekerja di PTP sejak Mac 2018.

“Memang teruja dapat pergi Makkah. Di sana, saya juga tolong tolak kerusi roda nenek sebab dia dah uzvr.

“Bila fikir balik pasal perubahan tu, saya pun tak sangka. Rasa macam kebetulan. Tapi saya fikir, sampai bila nak jadi macam ni?” ujarnya.

Aina (kiri) ketika menunaikan umrah dengan keluarganya pada 2019.

Tambah Aina, dia kini masih bekerja di PTP, tapi sudah berubah tugas dan kini menjalankan kerja-kerja dalam pejabat, berkaitan dengan kawalan jentera.

Dalam pada itu, Aina turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menghulurkan kata-kata semangat dan doa buatnya menerusi ruangan komen TikTok.

Video dikongsi Aina sehingga kini meraih lebih 170,000 tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*