Shuk Sahar ditvduh sengaja tiru bisnes Shuib…

DIKECAM dan dicemuh selepas terpalit dengan kontr0versi berlaku cur4ng malah hilang mata pencarian sebagai seorang penyampai radio, pelawak Shuk Sahar kini bangkit memulihkan semangat dengan menceburi bidang perniagaan.

Biarpun did4kwa meniru konsep kedai minuman pelawak Shuib, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar mengakui dia menjadikan rakannya itu sebagai inspirasi utama.

Bagaimanapun, pelawak dan pengacara berusia 35 tahun ini menjelaskan Shuib juga banyak berkongsi ilmu dan nasihat tentang dunia perniagaan.

Shuk kini ceburi bidang perniagan.

“Saya tahu, mungkin akan ada yang kata pembukaan jenama ini seakan-akan meniru kedai minuman yang diusahakan oleh Shuib yang kini sudah popular.

“Terus-terang, saya sendiri memang ada bertanya dan meminta tip perniagaan daripadanya tapi tidaklah meniru. Sebagai seorang sahabat, Shuib memang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.

“Malah, dia juga ada memberi sedikit sebanyak nasihat kepada saya yang masih baharu dalam dunia perniagaan ini,” kata Shuk kepada mStar.

InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya nak giatkan lagi latihan dan nk ikut jejak langkah dia.

SHUK SAHAR

PELAWAK

Shuk berkongsi perkara tersebut ketika sesi ramah mesra bersama media di Semooth Cafe yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shuk turut berkongsi antara pesanan yang Shuib berikan padanya adalah jangan mudah mengalah kerana dunia perniagaan mempunyai ris1ko dan hanya yang berani mencuba sahaja akan terus maju ke hadapan.

“Dia kata jangan mengaku kalah, terus jalan ke hadapan bila sudah jejak kaki dalam dunia perniagaan ini. Daripada fikir sahaja tapi tidak buat dan mencuba, kita tak akan dapat apa-apa.

Salah seorang pemenang yang bertuah dapat tajaan makan dan minum di kafe Shuk seumur hidup.

“Ternyata dia memang idola saya. InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya nak giatkan lagi latihan dan nk ikut jejak langkah dia. Sasaran saya, nak buka enam lagi cawangan Semooth Cafe selepas ini. Doakan ya,” ujarnya.

Selain itu, kata Shuk, sempena pembukaan kafe tersebut, dia juga berhasrat menaja lima individu bertuah untuk makan dan minum di kafenya seumur hidup.

“Sebagai seorang yang pernah juga kehilangan kerja dan kena bermula semula daripada bawah, saya faham benar perasaan orang yang tidak punya kemampuan.

“Mungkin usaha ini tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya rezeki yang ada dikongsi bersama dengan cara saya tersendiri,” katanya.

Pada 18 Februari lalu, stesen radio Hot FM mengumumkan penamatan kontrak Shuk sebagai penyampai Geng Pagi Hot selepas mendapati pelawak itu bersalah dalam krisis rumah tangga dan kes cur4ngnya dengan isteri.

Menerusi laporan mStar pada 6 April lalu, Shuk mengakui pendapatannya utamanya terjejas selepas tidak lagi bekerja sebagai penyampai radio.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*