“Confirm Bukan!” Naim Daniel Jumpa Seorang Lelaki Mirip Jow Flizzow, Kali Ini Bukan Penjen4yah

Semenjak 19 April lalu, telah tular satu video berdurasi hampir 30 saat menunjukkan empat lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta sebuah kenderaan di Klang.

Keempat-empat suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes samun hingga mendatangkan keced3raan kepada dua orang m4ngsa.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah salah seorang suspek tersebut kelihatan seperti penyanyi rap terkenal iaitu Joe Flizzow sehingga membuatkan ramai membuat troll terhadap video tersebut.

Lebih menarik lagi apabila Joe sendiri turut meninggalkan respons terhadap foto dan twit daripada warganet.

Dalam masa yang sama, penyanyi Naim Daniel turut ‘turun padang’ untuk mengesahkan sendiri tentang kesahihan perkara tersebut.

Beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki yang turut berkepala botak di sebuah lokasi dan lebih melucukan beliau sempat melakonkan semula adegan berkenaan.

Ramai netizen turut terhibur melihat aksi tersebut dan meninggalkan komen yang melucukan.

Fuhh, nasib baik Joe sporting boleh respond pada video tersebut dan tak meng4muk semula, tak pasal-pasal semua lelaki botak terlibat sama ya.

Sumber foto dan video: Instagram Naim Daniel

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*