Bawa Bayi Ke Tempat Kerja, Zahirah Macwilson Balas Komen Soal Ibu ‘Tinggalkan’ Anak Demi Wang

“Alolo comelnya baby Isaac…untung la boleh berkepit je dengan anak! saya kerjaaaaa kilang malam je boleh jumpa tu pun anak-anak dah tidur ”

Hati ibu mana yang tidak sayu jika terpaksa berpisah dengan anak kecil!

Bukan mudah untuk berjauhan dengan bayi yang baharu berusia 3 bulan ini, apatah lagi yang sedang menyusu badan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang bergelar ibu yang bekerja untuk berasa dilema ketika mahu membuat keputusan untuk berpisah seketika atau menghantar anak kecil ke pusat jagaan.

Namun, jangan biarkan perasaan ‘serba-salah’ mahupun tekanan daripada pihak luar yang mampu mengh4ntui para ibu di tempat kerja yang sanggup berkorban demi membantu keluarga mencari sesuap nasi.

Memuat naik gambar di laman Instagram, pelakon Zahirah Macwilson berkongsi gambar beliau yang sedang memangku bayi kecilnya, sambil ditata rias oleh jurusolek bagi menghadiri suatu majlis.

Rata-rata warganet memuji tindakan beliau kerana boleh dijadikan contoh ibu yang sentiasa membawa anaknya ke mana sahaja.

Sebaik sahaja menerima pujian tersebut, beliau telah memuat naik satu screenshot respon balas mengenai komen yang diterimanya itu di Story Instagram miliknya.

“Kalau tinggal, tak bermakna kita tak sayang baby…some mums don’t have the choices and terpaksa berkorban demi mencari rezeki”

Zahirah menyifatkan ibu yang terpaksa berkorban untuk berpisah seketika dengan anak-anak mereka itu perlu sentiasa dihargai baktinya kerana jelasnya bukan semua ibu yang bekerja berpeluang untuk membawa anak ke tempat kerja atau ke mana-mana begitu sahaja.

Beliau yang sudah bergelar ibu merasakan dirinya sangat memahami akan situasi dilema yang dialami oleh setiap ibu di luar sana.

Pasangan pelakon Zahirah Macwilson yang dikurniakan putera sulung pertamanya, Isaac Raees setelah berkahwin dengan Aiman Hakim Ridza ini telah pulang ke tanah air setelah lima bulan tinggal di Perth, Australia.

Menurut sumber sebuah laman portal, Zahirah kini merasakan sudah tiba masanya untuk dia dan Aiman kembali bekerja apatah lagi suaminya itu sudah mula merindui untuk beraksi di kaca televisyen setelah sekian lama tidak muncul.

Betul kata Zahirah tu! Ibu yang terpaksa membanting tulang demi membantu menyara keluaraga tu layak digelar ‘supermom‘ tau.

Saham Zahirah MacWilson masih ada

WANITA jelita dengan nama pentas Zahira MacWilson itu mula mengorak langkah sebagai pelakon aksi dalam filem televisyen berjudul Bulan dan Pria Terhebat yang ditayangkan semula secara eksklusif menerusi Astro First 11 Mac lalu.

Menyifatkan kepercayaan tersebut sebagai satu peluang keemasan yang tidak mahu dibazirkan, Zahirah atau nama lengkapnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol, 26, berharap penglibatannya dalam karya garapan sutradara Ghaz Abu Bakar tersebut membuka mata industri tentang kemampuan menjayakan lebih banyak lakonan aksi selepas ini.

Berlakon di samping nama-nama besar seperti Maya Karin, Zizan Razak dan Khir Rahman, ibu kepada Isaac Raees itu memaklumkan kepada HibGlam bahawa dia berasa cukup bertuah atas peluang tersebut.

Watak utama bernama Bulan dalam filem yang diterbitkan oleh Nik Iruwan dan Sein Qudsi tersebut sebuah pencapaian peribadi yang amat bermakna buatnya.

WATAK Bulan bukan sekadar aksi pelaris, sebaliknya diangkat sebagai hero bagi memperkasakan unsur feminisme, bahkan mungkin sejenis ‘femme fatale’ di mata seorang pengarah bernama Ghaz Abu Bakar.
Lebih ‘aksi’ selepas ini

Kata Zahirah, untuk menjayakan watak Bulan, dia banyak mengambil inspirasi dan aspirasi daripada pelakon-pelakon wanita antarabangsa yang terkenal dengan babak-babak aksi.

“Berlakon dalam filem aksi macam satu mimpi jadi kenyataan buat saya. Saya memang sudah lama ingin lari daripada klise sebagai watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Bercakap tentang inspirasi dan aspirasi melakonkan watak Bulan. Saya buat rujukan terhadap persembahan pelakon seperti Angelina Jolie, Scarlett Johansson, Charlize Theron dalam Atomic Blonde. Begitu juga dengan Jennifer Garner.

BAGAI bulan jatuh ke riba. Itu yang disifatkan Zahirah tentang keterujaan dan betapa bermaknanya watak Bulan dalam filem terbaharunya, Bulan dan Pria Terhebat.
“Masih ada ruang untuk terus perbaiki diri, namun saya sangat gembira dengan hasil akhir filem ini. Harapnya ini menjadi titik mula untuk lebih ramai pelakon wanita Malaysia membawa watak aksi yang diangkat sebagai hero filem,” kata Zahira yang masih berada di Perth Australia sejak Oktober tahun lalu.

Di Perth, Zahirah bersama suami, Aiman Hakim Ridza bagi urusan kelahiran cahaya mata sulung mereka, Isaac yang kini memasuki usia tiga bulan.

ZAHIRAH berharap watak Bulan lakonannya menerusi filem Bulan dan Pria Terhebat menjadi satu penanda aras bahawa dia juga seorang pelakon yang mampu mempersembahkan lakonan aksi dengan sebaik mungkin. – IHSAN GHAZ ABU BAKAR
Balik Malaysia

Diajak berbicara tentang perancangan untuk kembali ligat dalam dunia lakonan, Zahira sebenarnya merancang untuk pulang ke tanah air berkemungkinan sekitar April nanti.

Bagaimanapun, dia hanya akan mula mengambil tawaran kerja dalam tempoh dua hingga tiga bulan dari sekarang. Dia harus mempersiapkan mental dan fizikal termasuk memastikan si kecil sudah bersedia menempuh waktu-waktu tanpa berkepit dengan si ibu sepanjang masa.

“Sekarang masih di Perth. Aiman pun rasa sudah terlalu lama duduk di negara orang. Kalau tiada aral melintang, bulan hadapan kami pulang ke Malaysia. Aiman mungkin boleh mula kerja dulu.

“Saya mungkin lewat sedikit kerana nak tunggu anak besar sikit dan cari penjaga yang sesuai. Selain itu, saya juga ingin dapatkan bentuk badan dahulu semula. Nak dapatkan balik rentak.

“Kalau tanya saya sudah bersedia atau belum untuk ligat semula, sebenarnya sudah bersedia, tetapi perihal-perihal nak bersedia bagi orang lain ‘jaga’ anak sewaktu kita sibuk bekerja, itu yang saya gusarkan,” luahnya.

Berbicara tentang peranan menjadi seorang ibu, Zahirah memaklumkan, tidak banyak perkara yang berubah, namun dia bersyukur kerana dikurniakan sistem sokongan yang kuat untuk terus mendepani hidup mendatang.

“Isaac sihat walafiat. Dia sedang tidur sekarang,” ujar Zahira ketika ditemu bual HibGlam secara maya bagi mempromosikan filem Bulan dan Pria Terhebat baru-baru ini.

ZAHIRAH percaya status sebagai ibu tidak akan menyekat kecintaannya melakukan apa yang disukai dalam hidup iaitu lakonan.
Kemanisan

Dari segi peluang dan ruang untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonan, Zahira percaya status ibu tidak mendatangkan masalah buat dirinya.

Mengulas persoalan sama ada sudah kehilangan ‘saham’ apabila sudah bergelar isteri dan sekarang bergelar ibu, jawabnya: “Kalau orang cakap selepas kahwin sudah tak laku, saya rasa, itu tidak betul langsung.

“Pada masa sama, saya ingin membuktikan kepada orang ramai walaupun sudah jadi seorang ibu, anda boleh terus buat perkara yang disukai. Untuk saya, hal itu menerusi seni lakonan.”

Diajak berkongsi sedikit perkembangan anak sulungnya, Zahira berkata, puteranya itu sekarang sudah pandai buat ‘bising’.

“Mulut dia sudah pandai bising sikit. Nak kata saya terlalu sibuk dengan tugas sebagai ibu, taklah sangat.

“Malah saya rasa macam usia baru 23 tahun. Rasa seronok dapat jadi ibu pada usia yang muda,” tutupnya.

ZAHIRAH dan Aiman merancang untuk pulang ke tanah air sekitar April nanti. Sebelum kembali bekerja, soal penjagaan anak kecilnya, Isaac menjadi perkara utama yang bersarang di jiwa

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*