Bapa mentua Haziq Hussni men1nggal dunia di Indonesia, terkilan tak dapat jumpa buat kali terakhir

PEMERGIAN bapa mentua di Banten, Indonesia pada Jumaat memberi kesan cukup mendalam buat penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni dan isteri, Ayunda Putri.

Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak dapat memberikan penghormatan terakhir berikutan pandemik Cov1d-19.

Menyedari isterinya lebih terkesan menerima berita mengejutkan itu, Haziq menitipkan ucapan semangat dan memohon Putri kuat berdepan ujian tersebut.

“Lain orang lain cara Allah uji. Ini ujian awak sayang. Awak kuat. Awak hebat. Saya doakan awak berjaya dunia akhirat,” katanya menerusi Instagram.

Men1nggal di bulan yang baik, di hari yang baik dan semoga yang baik-baik untukmu di sana papa.

HAZIQ HUSSNI

PENYAMPAI RADIO

Pada Jumaat, Haziq atau nama sebenar Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 30, memaklumkan bapa mentuanya iaitu Yudhi Yulfan Abdurrahman Thaher menghembuskan nafas terakhir di Banten, Indonesia.

“Bapa mertua saya telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah papa telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan.

“Meninggal di bulan yang baik, di hari yang baik dan semoga yang baik-baik untukmu di sana papa.

Perkongsian Haziq di Instagram mengenai pemergian bapa mentua.

“Doakan juga Putri kuat sebab pandemik ni dah lama tak jumpa papa dia dan tak dapat nak bersama arwah di saat terakhir arw4h,” ujarnya.

Difahamkan sudah hampir dua tahun Putri tidak bertemu dengan bapanya sehinggalah arw4h menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pengacara program Muzik-Muzik itu berkahwin dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*