“Kayangan Vs Marhaen” Sedih Layanan 2 Darjat, Ini Coretan Khas Doktor Buat Ramai Sebak

PENINGKATAN ketara kes Cov1d-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini nyata meresahkan orang ramai apatah lagi di kala perayaan Aidilfitri yang bakal tiba kurang tiga minggu dari sekarang.

Peningkatan ini tidak lain tidak bukan sudah tentulah disebabkan oleh pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang antaranya disumbangkan oleh aktiviti rentas negeri, majlis besar-besaran dan sebagainya.

Topik ini sememangnya hangat diperkatakan ketika ini tambahan pula selepas beberapa kes melibatkan individu berpengaruh atau golongan kayangan.

Golongan ini seolah-olah ‘kebal’ daripada hukuman sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang mend4kwa wujud SOP dua darjat.

Isu berkenaan turut mengundang perhatian seorang pengamal perub4tan yang tidak asing lagi di media sosial, Dr Rafidah Abdullah.

Menerusi laman Twitter, Dr Rafidah secara terbuka meluahkan kek3cewaan yang dirasainya terhadap mereka yang digelar ‘golongan kayangan’.

“Kepada golongan kayangan, luangkanlah sedikit masa membaca coretan ini. Saya pelik betul… anda tidak segan silu menjalankan aktiviti langgar SOP terang-terangan. Tidak mengapalah, mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan.

Sebahagian daripada coretan Dr Rafidah Abdullah buat golongan kayangan yang melanggar SOP.

“Saya sebagai rakyat marhaen tidak akan mampu memahami. Saya tidak marah, hanya sekadar kecewa. Walaupun hati tetap membara melihat peningkatan kes Cov1d-19 depan mata.

“Ya, petugas-petugas kesihatan sudah divaks1n. Tapi, kami akan tetap merisikokan ahli keluarga terdekat kami. Kami mungkin selamat daripada mengalami komplikasi bila dij4ngkiti.

“Tapi ahli keluarga kami semestinya tidak! Kita jauh lagi nak capai 70 peratus populasi divaksin tapi semuanya nampak macam dah lupa SOP,” luahnya.

Sedih, pilu melihat perangai golongan kayangan yang sepatutnya menjadi contoh. Susah ke nak ikut peraturan?

DR RAFIDAH ABDULLAH

Dr Rafidah menambah, dia dapat memahami betapa kecewanya rakyat yang lain apabila menyaksikan perbezaan layanan dua darjat apabila melibatkan penguatkuasaan SOP.

“Sedih, pilu melihat perangai golongan kayangan yang sepatutnya menjadi contoh. Susah ke nak ikut peraturan? Susah ke nak merendah diri? Perlu ke menunjuk-nunjuk?

“Merasalah jadi manusia biasa. Sekali-sekala berlakon depan kamera tak kira,” katanya lagi.

Seakan-akan penat dengan situasi kini apatah lagi berdepan dengan kes yang makin meningkat saban hari, Dr Rafidah menasihati ‘rakyat marhaen’ agar terus menjadi rakyat yang bertanggungjawab dengan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Cov1d-19.

Orang ramai dinasihatkan agar bekerjasama dan berganding bahu bersama petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian v1rus Cov1d-19.

“Dua darjat tidak boleh dihapus, kayangan vs marhaen. Dah sinonim dengan kehidupan kita nampaknya. Biarlah kayangan dengan dunia mereka. Yang penting kita rakyat marhaen jalan terus.

“Pedulikan manusia yang langsung tidak menghiraukan kita. Jaga SOP dan vaksinkan diri, lindungi keluarga dan diri, jauhi golongan kayangan ini.

Biarlah mereka terus berada di dalam belon rekaan mereka sendiri,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*