Abang guard kulit ‘bersisik’ suka buat video Tiktok waktu malam, ada yang kata terkena sump4han

SEORANG pemuda tidak menyangka perkongsian video yang memaparkan dirinya di aplikasi TikTok meraih perhatian gara-gara kulitnya yang ‘bersisik’.

Walaupun berkali-kali menjelaskan keadaan itu disebabkan peny4kit kulit yang dihadapinya, namun masih terdapat netizen yang membangkitkan persoalan dengan komen yang tidak wajar.

“Bang, hilangkanlah tatu tu,” komen seorang netizen.

Pemuda berkenaan, Muhammad Hassan tampil menjelaskan bahawa dia mengalami sejenis peny4kit kulit yang dinamakan Ichthyosis sejak lahir.

Mamat mengh1dap peny4kit kulit sejak lahir.

Anak ke-11 daripada 12 beradik itu berkata, empat lagi adik-beradiknya termasuk adik lelaki turut mengh1dap peny4kit kulit yang sama.

“Ini penyakit kulit yang saya alami sejak lahir. Saya ada menjalani raw4tan di hospital. Keadaan kulit saya di seluruh badan seperti bersisik dan ketebalannya adalah berbeza di sesetengah bahagian.

“Kulit saya ini juga sensitif jika terded4h kepada cahaya matahari. Kalau terded4h lama, kulit akan merah-merah dan mengelvpas sehingga terkopek. Bila luka tu yang buat pedih dan sakit,” katanya kepada mStar.

Bersama adiknya yang juga mengalami peny4kit kulit.

Lebih dikenali sebagai Mamat, pemuda berusia 24 tahun itu mengakui dihujani pelbagai pertanyaan dan komen-komen negatif yang berkaitan kulitnya.

“Selain kata saya pakai tatu, ada yang tanya adakah keadaan kulit saya tu disebabkan oleh terkena sump4han sewaktu kecil.

Saya buat video di TikTok bukan sekadar untuk mendidik, malah mahu memberi motivasi kepada mereka yang senasib dengan saya tetapi malu untuk keluar di khayalak ramai

MAMAT

“Tapi apa yang saya betul-betul kecil hati apabila ada yang mengaitkan kulit saya dengan kata adakah arwah bapa saya ada pukul ular ketika ibu mengandungkan saya.

“Saya tidak minta dilahirkan begini. Tapi tak perlu berikan komen-komen yang tidak sensitif mengaitkan ibu dan arw4h ayah,” katanya sambil menambah bapanya men1nggal dunia akib4t sakit tua pada 2009.

Mamat mahu memberi kesedaran mengenai peny4kit kulit yang dihadapinya.

Anak kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan itu mengambil inisiatif dengan berkongsi video-video di aplikasi TikTok untuk mendidik masyarakat mengenai peny4kit kulitnya.

“Saya rajin buat video TikTok waktu malam kerana lebih tenang dan lebih ramai followers ketika itu. Saya mahu perbetulkan persepsi masyarakat bahawa penyakit kulit yang saya alami ini sebenarnya tidak berjangkit.

“Pada peringkat awal, saya akui agak sukar. Jadi, saya ambil pendekatan dengan berbual bersama followers untuk mereka selesa dengan saya, sebelum menjawab segala pertanyaan dan kekeliruan mereka,” ujarnya sambil bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga untuk bersikap lebih yakin atas kekurangan yang dialaminya.

Menurut Mamat, tidak dinafikan peny4kit kulit itu turut memberi kesukarannya kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan sebelum dia diberikan peluang untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Selangor.

Mamat bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Dia yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sejak lima tahun lalu turut mengakui pekerjaannya itu membuatkan dirinya sering berhadapan dengan ramai orang.

“Ada yang terkejut atau cuba menjauhkan diri apabila bertembung dengan saya. Tapi kerja saya yang selalu jumpa orang ramai membuktikan bahawa peny4kit kulit saya ni tidak berj4ngkit.

“Saya buat video di TikTok bukan sekadar untuk mendidik, malah mahu memberi motivasi kepada mereka yang senasib dengan saya tetapi malu untuk keluar di khayalak ramai.

“Saya kata sampai bila nak berkurung dalam rumah. Pedulikan dengan orang sekeliling, kita bukannya susahkan orang pun. Bangkit dan keluar dengan penuh yakin,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*