Sayu… anak kru kapal selam KRI Nanggala 402 ‘kunci’ ayah dalam bilik, tak bagi keluar bertugas

SATU video yang tular di media sosial menunjukkan seorang anak ‘mengunci’ bapanya di bilik.

Aksi kanak-kanak kecil itu seperti tidak mahu melepaskan bapanya pergi bertugas.

Menerusi video yang tular, kanak-kanak lelaki itu dikatakan anak kepada salah seorang kru kapal selam tentera, KRI Naggala 402 yang hilang iaitu Imam Adi.

Video tersebut dikatakan dirakam beberapa hati sebelum bapa kanak-kanak itu bertugas di KRI Naggala 402.

Anak kecil kelihatan memaksa bapanya untuk berdiam diri di bilik dan tidak dibenarkan keluar dengan terus memegang tombol pintu sebelum menutupnya.

Video tersebut dirakam oleh isteri Imam Adi yang bertanya kepada anaknya: “Kenapa (ayah) tidak boleh kerja?”

“Tidak boleh,” kata anaknya yang tidak membenarkan bapanya untuk keluar bekerja.

Dilaporkan, serpihan kapal KRI Nanggala 402, yang hilang bersama 53 kelasi di perairan utara Pulau Bali dan mengesahkan aset tentera itu tenggelam.

Kapal selam milik tentera Indonesia yang hilang kira-kira pukul 10.37 pagi Rabu lalu itu hanya mempunyai bekalan oksigen sehingga jam 3 pagi Sabtu dan operasi mencarinya masih berterusan.

Ia yang juga satu daripada lima dimiliki tentera Indonesia hilang Rabu lalu ketika menjalani latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali.

Kapal selam itu dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.

KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel elektrik adalah kapal selam penyer4ng yang dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.

Aset itu pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan dengan strukturnya diganti serta naik taraf ke atas sistem penggerak, sonar dan s3njata. – Ayo Jakarta

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*