Berat Bawa Watak Anak Derhaka, Tapi Memang Power Lakonan PU Azman!

Ustaz Selebriti terkenal, PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man sering membuatkan warganet terhibur dengan karakternya serta cara dakwahnya di media sosial diterima dengan selesa.

Sebelum ini, Cik Man berjinak-jinak dalam industri lakonan dan baru-baru ini, wataknya telah mengejutkan ramai orang kerana dia memegang watak sebagai anak derhaka.

Video tular dikongsikan semula oleh Cik Man di Instagram memaparkan dirinya sedang berlakon dalam satu babak drama berjudul ‘Bila Sy4itan Berbisik’.

Lebih menarik perhatian ramai apabila melihat Cik Man sangat menjiwai wataknya sebagai anak derhaka dengan meninggikan suara kepada ‘ibu’ dalam drama tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)


Dalam kesempatan itu, dia mengakui berasa berat untuk membawa watak tersebut kerana ia membuatkan dia mengingati arw4h ibunya.

Ia secara tidak langsung membuatkan hatinya sayu dan sedih.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memuji lakonan PU Azman termasuk rakan artis.

Kredit foto: IG PU Azman

Power lah, Cik Man!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OhBulan/https://hiburan.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*