Syed Saddiq Beng4ng, Bagaimana Peniaga Burger Boleh Dikomp4un Sampai RM50 Ribu

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebentar tadi meluahkan rasa kes4lnya selepas melihat berita tentang seorang peniaga burger dikomp4un.

Di laman twitternya, Saddiq berkongsi sebuah hantaran dari akaun twitter bernama @ohtweet.

Hantaran itu  menunjukkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat sam4n yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak p0lis.

Difahamkan pemuda itu dikompaun sehingga RM50 ribu kerana berniaga burger depan tangga rumah sehingga lewat malam.

Pemuda yang dikenali dengan nama Faisal itu memuatnaik luahannya di laman facebooknya.

“alahai dugaan bulan puasa…nego burger depe tangga rumoh…kul 11 malam polis mari…

“nego burger kena kompaun 50k”

“semoga rezeki aku dan keluarga bertambah”

“ado hikmah disebalik kejadian”

“niaga pun utk wak lepas bayar bil bule2 jah…”- tulisnya di laman Facebook Faisal Burger.

Foto: Facebook Faisal Burger
Foto: Facebook Faisal Burger
Foto: Facebook Faisal Burger

Saddiq Luah Rasa Kesal

Dalam pada itu, Saddiq mempersoalkan bagaimana seorang peniaga burger boleh dikenakan kompaun sehinga RM50 ribu. Malah Saddiq mempersoalkan tindakan pihak berkuasa kerana tidak ada budi bicara.

“Peniaga burger kena kompaun RM50 ribu?? Sebelum ini pelajar kena kompaun RM1500. Mana rakyat nak cari duit nak bayar kompaun macam ni? Kenapa tak ada budi bicara dan tegur kalau ada salah?”-tulisnya di laman twitter.

Menurut tinjauan kami di ruangan komen hantaran oleh Faisal Burger, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan saman tersebut.

Mereka menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terlampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan.

Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, belum ada lagi kenyataan susulan dari peniaga tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*