Langgar SOP! Neelofa, PU Riz & Keluarga Dikompaun RM60,000

Susulan daripada kontroversi melangggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa dan suami, PU Riz serta 20 ahli keluarga yang lain telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000.

Neelofa Dikompaun Atas Dua Kesalahan 

Memetik laporan Astro Awani, bagi perincian kompaun Neelofa atau atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan. Bagi kesalahan pertama adalah kelangsungan majlis pernikahannya di sebuah hotel mewah di ibu negara yang didakwa melanggar SOP. Kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun telah dikenakan manakala kompaun seterusnya dengan nilai yang sama pula telah dikenakan berikutan dia dikatakan merentas negeri.

IKLAN

20 Ahli Keluarga Dikompaun RM1,500

Bagi kesalahan yang sama (rentas negeri) kompaun RM10,000 turut dikenakan pada Pu Riz. Seterusnya, seramai 20 orang ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.00 setiap seorang sekaligus berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah berlangsung pada 27 Mac lalu.

Terdahulu, pasangan selebriti itu didakwa telah berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah selepas beberapa foto mereka tular di media sosial. Bagaimanapun, Neelofa mendakwa tujuan mereka ke sana adalah berdasarkan urusan perniagaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*