“Bayangkan usia dua tahun kena puasa berbelas jam” – Ibu akui lemah tengok anak hid4p levkemia

IBU mana yang sanggup melihat anaknya menanggung pend3ritaan yang bukan calang-calang pada usia yang masih kecil.

Melihat tubuh yang terlantar di atas katil dengan pelbagai prosedur rawatan sehingga berbulan lamanya, membuatkan hati wanita ini sebak mengenangkan kes4kitan yang tidak mampu diungkap si kecil.

Menurut Athira Azmi, episod sedih yang menyelubungi keluarga kecilnya bermula pada Februari tahun lalu selepas anak tunggalnya, Alnaira Ikhwan Aliff disahkan menghidap ‘Acute Lymphoblastic Levkemia’.

“Beberapa bulan sebelum itu iaitu sekitar November 2019, Naira kerap diserang dem4m. Selalu sangat dem4m dan saya banyak kali ambil cuti masa dia tak sihat.

“Januari 2020, Naira turut terkena jangkitan Influenza A. Dia masih demam, kemudian tak sampai seminggu pulih, dia dem4m semula. Saya fikir sebab Influenza A. Ada satu ketika, suhu badannya sangat panas.

“Kami ke klinik dan bila doktor periksa, doktor kesan dar4hnya tak normal lalu dirujuk ke hospital. Di hospital, doktor kesan darahnya ada sel k4nser. Kemudian pada Februari 2020 ketika di Hospital Ipoh, Naira didiagnos mengh1dap ‘Acute Lymphoblastic Levkemia’,” ujarnya kepada mStar.

Alnaira ketika menerima raw4tan selepas disahkan mengh1dap Acute Lymphoblastic Levkemia.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, selepas berbincang dengan suami, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta bagi memberi sepenuh tumpuan kepada anak tunggal mereka.

Pada peringkat awal anaknya disahkan mengh1dap leukem1a, Athira berkata dia sendiri berasa ‘down’ dan kerap menangis mengenangkan pend3ritaan yang ditanggung anak kecilnya.

“Bayangkan ketika itu usianya baru dua tahun. Dua bulan berkampung di hospital. Ketika itu PKP pula, suami tak dibenarkan untuk teman bersama. Dia berulang alik dari Pantai Remis ke Hospital Ipoh ketika anak di w4d.

“Memang waktu itu sangat sukar lebih-lebih saya sebab melihat anak dicucuk, dibed4h dan dir4wat depan mata. Saya tak kuat, kerap menangis namun bukan di depannya. Tapi anak kecil ni, mereka sebenarnya sangat kuat.

Alnaira disahkan mengh1dap levkemia pada usia dua tahun (kiri), dan dia yang kini berusia tiga tahun (kanan) beransur pulih meskipun masih menerima raw4tan.

“Saya melihat betapa dia kuat, ia mengajar saya untuk kuat dan perlahan-lahan menerima hakikat. Kita tak boleh lemah sebab kitalah sumber kekuatan mereka,” ujarnya yang kini menjalankan bisnes produk kecantikan.

Menurut Athira, antara saat paling membuatkan hatinya hiba adalah apabila melihat anaknya meraung menangis kelaparan kerana terpaksa berpuasa sebelum menjalani prosedur raw4tan.

“Bayangkan anak kecil dua tahun kena berpuasa berbelas jam… memang kesian bila dia meraung kelaparan. Selain itu, paling sedih apabila rambutnya mulai gvgur kerana raw4tan kem0terapi.

Saya melihat betapa dia kuat, ia mengajar saya untuk kuat dan perlahan-lahan menerima hakikat.

ATHIRA AZMI

IBU

“Kemudian dia kerap kali akan bertanya ‘berapa hari kena duduk hospital, bila boleh balik’. Dia seolah-olah dah faham yang dia sakit. Ada juga waktu mencabar, ketika dia dalam raw4tan, emosinya tak stabil.

“Daripada anak yang aktif, dia jadi kuat tidur dan suka marah dan meradang. Memang masa ini cukup menguji kesabaran tapi kami tahu, ia adalah sebab kesan ub4tnya,” katanya lagi.

Setahun selepas didiagnos dan menjalani pelbagai raw4tan termasuk kem0terapi, Athira berkata keadaan kesihatan Naira beransur pulih.

Wajah ceria Alnaira di samping ibu dan bapanya ketika menyambut hari lahir yang ke-3 pada awal April lalu.

“Naira dah habiskan pusingan raw4tan kem0terapi. Kini dia bergantung kepada ub4t dan perlu menjalani ujian dar4h sebulan sekali. Ujian baru-baru ini, doktor maklumkan dar4hnya sudah normal. Tapi dia masih kena teruskan ub4t untuk setahun lagi.

“Saya tak sangka video di TikTok mendapat perhatian ramai. Saya cuma nak kongsi pengalaman, dalam masa sama saya nak sampaikan mesej kepada ibu bapa yang juga senasib. Jangan putus asa, jangan fikir umur anak takkan panjang… fikir positif dan kena kuat.

“Teruskan usaha dan ikhtiar. Jangan malu nak kongsi sebab mungkin lebih ramai akan doakan anak kita. Saya syukur, ramai yang beri perhatian kepada Naira dan rezekinya murah sangat. Kami yang tumpang rezekinya.

“Anggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah kepada kita, dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*