“Paksa Diri Makan Seekor Ayam Setiap Hari” – Ismail Izzani

Tujuh bulan mengikuti rutin senaman dan diet yang ketat, akhirnya impian penyanyi Ismail Izzani untuk memiliki badan idamannya tercapai.

Mengakui bukan mudah untuk melalui proses tersebut, Ismail berkata dia menerima tunjuk ajar daripada jurulatih kesihatan. Namun, apa yang sukar adalah untuk makan dengan jumlah yang banyak.

“Saya mula main gim tahun 2017, masa tu on off sebab jadual terlalu padat, tapi baru-baru ini saya minta pengurus kosongkan waktu selama beberapa bulan untuk saya mengikuti senaman di gim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_


“Dalam masa tujuh bulan saya pergi gim lima kali seminggu, saya juga makan seekor ayam sehari untuk lunch, semua rutin dikawal oleh jurulatih yang menjaga pemakanan saya.

“Sejujurnya senaman di gim tak susah, nak makan banyak tu yang susah, pertama kali makan sebanyak itu memang saya muntah sebab tak tahan tapi selepas seminggu perut dah boleh terima,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia berpuas hati dengan berat badan yang dicapai dan kini lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

“Alhamdulillah sebelum ini berat badan saya 52 kilogram tapi sekarang dah naik 68 kilogram, saya letak sasaran 70 kilogram. Cuma bulan puasa ni susah sikit la sebab kita kawal waktu makan.

“Saya pun tak nak besar sangat kerana saya perlu menyanyi dan menari, kalau besar sangat tak sesuai, jadi saya hanya nak nampak fit sahaja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*