Dakwaan kontrak dgn Swarovski tamat kerana Isu Langgar SOP, Neelofa tampil perjelas kekeliruan

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu selebriti terkenal Noor Neelofa yang dikenakan kompaun kerana melanggar standard operasi prosedur (SOP).

Susulan isu tersebut, kecoh di media sosial apabila akaun syarikat batu kristal mewah dunia, Swarovski memaklumkan mereka sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Memetik portal Gempak, menerusi paparan skrin dikongsikan, Swarovksi menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang membandingkan dengan selebriti Korea Selatan.

Kata netizen tersebut, mana-mana selebriti Korea Selatan akan digugurkan sebagai duta jika terp4lit dengan isu seakan sama dengan Neelofa.

Swarovski dilihat membalas status netizen berkenaan dengan mendedahkan status terkini kerjasama bersama bekas pengacara MeleTOP itu sekaligus mengejutkan netizen.

Neelofa merupakan wanita berhijab pertama dunia muncul sebagai penghias billboard jenama mewah itu sejak 2017. Malah, busana nikahnya turut dihiasi dengan 5,000 batu kristal Swarovski.

Terdahulu, Neelofa, suami, PU Riz dan 20 angota keluarganya dikenakan kompuan sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kontrak Saya Bersama Swarovski Tamat Disember 2020, Tapi…,” – Neelofa Perjelas Kekeliruan

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa menjelaskan kontraknya bersama jenama aksesori perhiasan diri terkenal, Swarovski sebenarnya sudah berakhir sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, hubungannya bersama jenama tersebut kekal baik dan senang dengan situasi sedemikian.

“Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies,” jelasnya.

Pendedahan tersebut dikongsikan pengacara program Islamik, NTN itu menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Swarovski membuat satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Ciapan tersebut adalah respon kepada seorang pengguna Twitter yang bertanya perihal status isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu sebagai wajah wakilan jenama tersebut sejak 2017.

Individu itu menerusi sebuah posting mengulang kicau berita mengenai selebriti berusia 32 tahun itu yang dikenakan kompuan beberapa lalu, akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, mana-mana bintang di Korea Selatan akan ditamatkan kontrak menjadi duta kepada sesebuah jenama tertentu sekiranya melakukan kesalahan sama seperti Neelofa.

Terdahulu, persalinan rona putih yang dikenakan Neelofa pada hari perkahwinannya, turut menggunakan lebih 5,000 butir perincian Swarovski.

Malah, tetamu yang hadir turut selain diraikan oleh ‘doorgift’ daripada jenama tersebut selain produk tajaan lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*