Selepas Dikompaun Kerana Langgar SOP, Syarikat Barangan Kemas Berjenama Umum Batal Kontrak Dengan Neelofa

Nampaknya kisah selebriti dan usahawan terkenal iaitu Neelofa yang melanggar SOP ketika majlis pernikahan dan merentas negeri ke Langkawi tidak berakhir lagi, walaupun sudah dikompaun sebanyak RM60,000, namun netizen masih lagi hangat memperkatakan mengenai perkara itu.

Terbaharu, tular pula di media sosial mengenai kenyataan sebuah syarikat barang kemas berjenama Swarovski yang sebelum ini menaja busana pernikahan Neelofa, mengesahkan bahawa mereka tidak lagi bekerjasama dengan selebriti tersebut menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.

Menurut ciapan salah seorang pengguna di Twitter, individu tersebut membandingkan situasi terbabit dengan negara Korea, di mana selebriti yang mencalarkan imej atau terpalit kontroversi akan ditamatkan kontrak serta merta dan mahu perkara itu turut sama dilakukan oleh pihak Swarovski.

Malah, laman sosial Twitter Swarovski juga dibanjiri dengan pertanyaan netizen mengenai status kontrak selebriti tersebut dan ada yang mahu mereka menggantikan Neelofa dengan duta baharu iaitu Fazura.

Tidak berdiam diri, syarikat barangan kemas yang popular di serata dunia itu membalas ciapan individu tersebut memberitahu bahawa mereka sudah tidak lagi bekerjasama dengan selebriti terbabit.

Namun setakat 30 April 2021, pihak Swarovski nampaknya sudah memadam semua respon-respon mereka terhadap netizen mengenai status kontrak Neelofa, tidak pasti mengapa, sama-sama kita nantikan kenyataan dari pihak Swarovski dan Neelofa.

Untuk rekod, Neelofa telah menjadi wanita berhijab pertama di dunia yang muncul sebagai penghias billboard berjenama mewah Swarovski sejak 2017, malah busana nikahnya pada Mac lalu juga turut ditaja oleh mereka dengan 5,000 butir batu kristal Swarovksi.

Sumber : Twitter Swarovski

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*