[VIDEO] Dugaan Ramadan, Khemah Bazaar Terbang Tinggi Macam Wau

Sedar tak sedar hari ini, merupakan hari ke-19 umat Islam menyambut bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan. Namun, terdapat satu ins1den yang cukup  meruntun hati apabila khemah peniaga bazar Ramadan diterbangkan angin setinggi kira-kira 50 meter.

Video tersebut bagaimanapun, tular di laman sosial dan meraih simpati daripada warganet.

Video kejadian

Menerusi video yang dikongsi seorang lelaki berdurasi 30 saat itu, memaparkan khemah peniaga yang diterbangkan berikutan angin kencang serta hujan lebat. Jelas lelaki itu, kedai ibu bapanya telah mengalami kerugian susulan kejadian itu.

Lapor Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di sebuah bazar Ramadan di hadapan Masjid Asy-Syarif, Meru telah mengakibatkan beberapa khemah serta barang jualan peniaga rosak. Ujar Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman pihaknya mengesahkan akan kejadian tersebut apabila dihubungi.

Ada (kejadian angin kencang) tetapi tiada laporan diterima bomba setakat ini.

Prihatin dengan apa yang telah terjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menerusi satu posting di laman Facebook, menjelaskan akan membantu peniaga yang terjejas.

Ribut melanda Meru dan bazar Ramadan antara yang teruk terjejas. Doakan tiada yang serius. Saya akan usahakan mana yang boleh untuk bantu mereka yang terjejas.

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Harian Metro & Syrul

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*