Balik Kerja Nak Kejutkan Sahur, Suami Melompat Terkejut Dis3rgah

Lumrah menjadi suami isteri, sikap mengusik antara satu sama lain pastinya menjadi benda wajib yang dilalui setiap hari. Macam suami ini yang mahu mengejutkan isterinya untuk bersahur namun dikejutkan pula dengan perkara lain.

Gelagat lelaki tersebut turut mengundang ketawa daripada netizen sehinggakan video itu menerima hampir satu juta tontonan setakat ini. Lelaki tersebut pada awalnya baru sahaja balik kerja dan mahu mengejutkan si isteri untuk bersahur.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut yang baru balik kerja menuju ke katil untuk mengejutkan isterinya yang sedang tidur bangun bersahur. Tetapi dia tidak sedar, yang sebenarnya si isteri sudah pun bangun dan menyorok di belakang pintu bilik.

Sebaik saja sedar isterinya tiada di katil, dia kemudian melompat terkejut apabila wanita itu menyergahnya secara tiba-tiba. Reaksi terkejutnya itu turut mengvndang ketawa dari si isteri yang tidak menyangka kejutannya itu berjaya.

Di ruangan komen, netizen juga turut sama terhibur melihat gelagat suami isteri ini. Ada juga yang sengaja mengulang video ini berkali-kali dek kerana terlalu terhibur melihatkan reaksi lelaki itu. Tidak kurang juga yang cemburu melihat kemesraan pasangan ini.

“Yang single jom balik. Tak payah nak senyum-senyum sana.”

balik kerja

“Mesti dia ingat isteri dia dimakan oleh tilam sebab hilang.”

bersahur

“Saja saya ulang banyak kali bagi dia terkejut sampai penat.”

komen

“Kesian kat dia. Terkejut sampai terangkat kaki.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*